Saturday, February 25, 2012

Selepas 12 tahun baru jejaki ke tanah kebuh arwah

Hari nie aku, adikku, emak dan ayah ( new) pergi melawat tanah kebun arwah ayah ..kebun yang ingin dimajukan semula...tanah nie dah lama Terbiar rasanya dah 12 tahun . Disebabkan masing- masing sibuk dan jauh tanah ini terbiar...tanah lebih kurang 2 ekar . Jadi ayah baru cadang nak memajukan dengan menanam kelapa sawit menggantikan pokok hutan yang sediada. ( dipahamkan ayah ada experience dalam menanam dan menjaga kelapa sawit nie) Jadi bagi aku no problem....proseed" .......cuma mampukah dia? sebab dia pun dah berumur..macamana pun kitaorang support dari belakang.


sempat lagi berposing didalam kebun....nyamuk usah cerita lah banyak betul..tapi yang hairannyer gigit tak gatai pun.


Kesan pokok getah kitaorang yang telah ditoreh oleh seseorang ang tak dikenali ...bagi aku tak kisah la rezeki depa..kalau ada lebih- lebih tu sedekah la ke masjid ke atau rumah anak- anak yatim..insyallah sedekah ..pahala dapat dekat arwah abah.


Pokk rotan pun ada dalam kebun nie.


Jalan ke kebun pun dah besar...dulu mana boleh kereta masuk sampai ke kebun ...sekarang no problem.


Beberapa rotan yang dipotong tadi....dibawa balik. Alhamdulilah kebun tak beberapa semak sangat.nak jalan pun senang maybe kesan orang menoreh kebun tak semak. Insyallah 2012 -- kebun arwah ayah akan berubah.

0 Komen:

Post a Comment

Admin tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan,Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.