Wednesday, April 24, 2013

Sakit Gaut dan Herbalife

Seminggu aku berkursus di ILsas bangi nie dari 15hb hingga 19hb April




Cuba korang tengok muka aku zoom betul-betul dekat muka aku aku...ha ha korang mesti tengok aku tak bermayakan...sebenarnya ketika ini aku sedang "sakit gaut" penyakit nie rasanya dah 10tahun aku mengalaminya. Adakala sakit datang adakala pergi. Begitu lumrah pesakit gaut silap makan aje siap la.



Kelas kami




Dibelakang sekali berbaju biru cikgu kami






Hari pertama di kelas aku dah pun menggunakan selipar sebab sakit di buku lali kaki kiri dan disendi belakang tapak kaki. Persoalan aku sekarang adakah aku sakit gaut semula atau sakit urat biasa sahaja. Cadang dalam jam 10pagi nie aku nak pergi ke dipensary TNB ambik ubat sebab takut melarat .




Dipensary TNB




Ubat yang diberi oleh doctor dipensary TNB tadi. Harap lepas makan ubat nie legalah sakit aku nie.




Korang bayangkan kaki sakit tapi nak turun anak tangga yang tinggi nie..oh seksanya.


Hari ke 2




Hari ke 2 - kelihatan aku tiada di kelas



kaki aku yang bengkak dan sakit



Hanya terlantar di atas katil



Dan hanya mampu tersenyum


Hari ke 2 aku langsung terus tidak boleh berjalan kaki lagi teruk sakitnya. Jadi hari ini aku terus 'MC tak datang kelas dan langsung tak kemana-mana hanya dok berehat dalam bilik. Kalau nak terkencing sangat baru aku bangun . Tidak aku baring ajerla di tilam nie. Makan ubat yang di beri oleh dipensary TNB langsung tidak memberi kesan apa-apa . Arghhh tolong sakit.




Cuba urut dengan minyak ajaib macam gambar diatas nie kot-kot boleh baik. Tapi dah habis satu bilik berbau minyak nie...tak juga beri kesan sakit lagi Video aku tengah urut kaki click sini ada...aduhh





Di hari ke 2 - Inilah makanan aku pagi,tengahari dan malam iaitu Herbalife formula 1 sebab dah tak boleh kemana-mana. Selalu aku ambik F1 pagi dan malam sahaja.



Herbalife Tea mix boleh tak aku minum jika kaki tengah sakit gaut nie ?? . Research dalam internet boleh @ tidak langsung tiada jawapan yang aku ketemui . Last aku whatsapp dengan my coach "Jawapan dia boleh minum tea mix macam biasa cuma ambik 30minit selepas makan ubat doktor".
Aku minum tea mix semula seperti nasihat beliau. Alhamdulilah memang betul nasihat dia tiada kesan kesakitan . Thanks coach ..jadi click link untuk mengetahui lebih lanjut Khasiat tea mix herbalife

Herbalife sebenarnya membantu aku mengurangkan asid aku dalam badan cuma masanya belum tiba aja lagi ..sebab asid urikmdah bertapak didalam badan aku sekian lama. Insyallah nanti kita tunggu resultnya dalam 4 hingga 5 bulan lagi.




Sms dari rakan sekelas yang mengambil berat tentang aku....thanks friend
syahdu gak sebab ada gak yang sayang aku.


Disebelah malam aku gagahi diri jugak untuk pergi keluar untuk pergi ke klinik az - zahrah luar untuk ambil ubat lain. Aku pergi klinik 24 jam dekat bangi.


Rakan aku yang menggiringi ke klinik abang aziz






Semasa berjumpa doktor aku menyarankan beliau supaya aku kena ambil sedass cucuk . ( kebiasaan kalau sakit sangat dan tak hilang sekian lama cara terbaik adalah cucuk sedass dipunggung dan makan ubat itu yang selalu dipraktikan) doktor macam risau gak sebab tiada rekod aku sebelum ini disini.

Hari ketiga


Hari ketiga nampak kaki dah ok sikit jadi aku pergi kelas macam biasa tapi still tak pakai kasut.


Rakan sekelas berbaju biru tu la yang sms aku tanya dah sarapan belum semasa hari kedua aku sakit.



Selalu jam 10pagi di ilsas ada time rest minum pagi semua orang ke kanteen . Jadi kaki aku tak berapa ok lagi jadi aku lepak di kelas sahaja la. Paham-paham ajela nak turun tangga bukan senang beb.



Tapi jangan risau aku dah bawa bekalan untuk sarapan pagi kalau lapar.


Sorang lagi my friend yang selalu menjenguk aku di bilik dan bertanya khabar brother fuzi thanks tengok kekawan.


Sehingga hari yang terakhir iaitu hari jumaat kaki akumtetap tak baik 100%. Boleh berjalan tapi tak lancar la.



Nasib bilik aku dan parking kereta tak jauh . Jadi aku keluarkan barang ikut tingkap aja.



Kira dalam 10 meter dari kereta ke tingkap.


Kesimpulan minggu nie 15hb hingga 19hb aku gagah kan juga ke kelas sebab hari yang mendatang kita tak tahu. Sebab kelas kitaorang hanya tinggal lagi 4 minggu akan habis kedatangan ke kelas diambil kira.



5 comments:

  1. nampak macam sakit gout, bengkaknya besar.
    kalo sakit gout perlu jaga makan, jgn ambil mknn yang purin tinggi.
    InsyaAllah penyakit ini boleh dikawal.

    ReplyDelete
  2. saya pernah alami..mmg sakit dan menderita..alhamdulillah skrg dah sihat termasuk kawan2 dan sedara mara.. sepupu saya yg rekomen kan cuba contact

    https://penawarpenyakitgout.blogspot.my

    ReplyDelete
  3. Assalam..terima kasih infonya.Kawan saya dah 20 tahun mengidap gout sampai dah kronik boleh daftar OKU. Jemput ke blog saya untuk baca perkongsian pengalamannya menghadapi GOUT.

    ReplyDelete
  4. Saya pernah berhadapan dengan penghidap gout yang kronik, tak sanggup melihat jari tangan dan kaki yang membengkak. Ada pula ayah kawan sehingga bertongkat untuk berjalan namun kembali pulih semula selepas ikhtiar dengan rawatan semulajadi. Paling penting, jaga pemakanan, elakkan makanan tinggi purin.

    ReplyDelete
  5. Bagaimana keadaan gout skrg? Ada perkembangan baik tak? Smg terus sihat ya..

    Sy cadangkan ambil Vivix, mudahan membantu ye

    ReplyDelete

Admin tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan,Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.