Monday, January 28, 2013

Mengubati Sakit angin pasang telor sebelah kiri bagi lelaki dewasa

Pokok Maman atau nama sainsnya Cleome gynandra adalah sejenis sayuran yang dikatakan banyak ditanam di Malaysia.







Jadi baru-baru nie semasa aku balik kampung aku telah diberi satu petua bagaimana mengubati sakit angin pasang ( telor sebelah kiri bengkak)
bagi lelaki dewasa. Inipun berpunca dari aku ditanya oleh seorang sahabat yang sedang mengalami sakit tu , yang mana dia suruh aku cari tukang urut atau penawar mengubati penyakitnya itu. Kebetulan orang yang tahu petua tu sedang minum kopi dengan aku ..alhamdulilah la.


Dipendekkan cerita petuanya dan ramuannya seperti berikut:
Cari pokok maman yang batangnya sedikit coklat / hitam cabut sekali akar.
Kedua cari sedikit cuka makan.
Penyediaanya:
Daun maman dan akarnya hendaklah ditumbur hancur kemudian dicampur sedikit cuka makan dalam 2 sudu tea kecik gaul bagi sebati dan ditempek maman tadi di telur yang bekak tadi tu (bismillah dan selawat) dan bungkus telur . Insyallah bengkak angin pasang akan hilang . Buat berulang kali sehingga hilang.

Boleh jugak diletakkan pada bahagian belakang pinggang boleh menghilangkan rasa sakit. Selain itu, ia boleh digosok pada kulit yang gatal-gatal, pada reumatisme dan Sekirannya daun ini direbus, ia boleh diminum bagi melawaskan penghadaman, bagi melincinkan kahak, dan juga penawar bagi penyakit hati dan hempedu.

Akar pokok maman dapat membangkitkan dan memelihara kulit yang kekurangan vitamin C. Akar pokok maman perlu direbus dan dijadikan minuman.

0 Komen:

Post a Comment

Admin tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan,Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.