Tuesday, January 1, 2013

Kami boikot sukeri enterprise di megacomplex medan gopeng

Baju sekolah kebiasaan kami akan tempah aje pada awal bulan disember.Ini kerana saiz yang ada dipasaran kebiasaanya tak menentu. Ada yang tangan panjang , ada yang baju terlampau labuh, ada yang pinggang ketat dan macam2 lagi.
Kedai shukeri enterprise dekat megacomplex gopeng  last year kitaorang dah buat sini. Jadi tahun nie kitaorang tempah tempat yang sama.

Pada 27 hb kita orang pergi ambik baju sebab janji siap pada tarikh ini. Bila tiba dikedai ajer ..belum siap katanya tunggu lagi 2 hari kata tuan kedai. Pada 29hb kita orang pergi untuk mengambil baju ternyata memang dah siap.
Balik rumah cuba la baju masing- masing malang satu lagi yang berlaku. Baju yang dibuat langsung tidak mengikut ukuran yang diukur. Nama pun baju tempah tapi dah jadi baju siap yang biasa jual dipasaran. Rasa baju ready made lagi bagus dari yang ditempah nie.
Hantar semula ke kedai sukeri pada 30hb untuk dibaiki dan janji siap pada 1 hb jan 2013.
Hari ini kita orang pergi semula ke kedai ambil. Balik rumah cuba semula baju hasilnyer seperti dalam gambar tiada langsung apa2 yang dibuatnya. Tension dibuatnya. Call syarikat shukeri balik jawapannya sama..maaf cik tak buat lagi ke? Hampehhh aje jawapan mak cik tu...sudahla buat tak ikut ukuran...hmmmm. Cuba korang fikir berapa kali nak pergi ke megacomplex medan gopeng tu sedangkan aku tinggal di jelapang.
Mulai hari ini kami boikot sukeri enterprise

0 Komen:

Post a Comment

Admin tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan,Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.