Tuesday, February 12, 2013

Murhabashi

Hujung bulan januari yang lalu kawan kitaorang pergi menunaikan umrah dimekkah.
Jadi macam biasa bila orang gi umrah aje ada yang hendak dikirimkan beli.sebab di msia tak dapat.
Salah satu yang aku cari ialah cuka tamar atau cuka buah di mekkah diorang kata cuka tamar mekkah dapat mengubat darah tinggi dah kencing manis. Jadi aku pun berpesan. Tapi sayang tak jumpa maybe dekat sana orang panggil lain kot.
Apa yang dibawa oleh kawan kitaorang ialah murhabashi.



Sekali pandang tengok macam kemiyan ajer kan. tapi ini bukaanya kemiyan tetapi getah pokok dari negara HABSHAH.Cara makan ambik sebiji sebesar kuaci ditelan bersama air @ masuk kan murhabashi kedalam air dalam botol biarkan sehingga kuning dan minum.Murhabshi jugak sesuai untuk kencing manis dan darah tinggi.



Atas nie no contact pak haji di mekkah tu nama dia farid bin ramli email hafsahfarid@yahoo.com. No tel 00966555680947 nak oder apa- apa boleh contact no tu.


Gambar pokok murhabashi


Pengenalan Morhabshi
SEJARAH DAN LATAR BELAKANG

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Apa itu Morhabshi?

Menurut Wikipedia: Morhabshi (English: Myrrh) merupakan bahan resin berwarna merah keperangan, diambil daripada getah kering pokok Commiphora Myrrha. Tumbuhan ini juga tumbuh di negara Somalia dan bahagian timur Ethiopia. Bahan getah beberapa spesies Commiphora dan Balsamodendron lain turut dikenali sebagai Morhabshi (myrrh), termasuk dari C. erythraea (kadang kala dikenali sebagai Morhabshi India Timur (East Indian myrrh), C. opobalsamum dan Balsamodendronkua.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Sejarah Penggunaan resin Morhabshi:

Ensiklopedia tersebut juga mencatatkan resin Morhabshi telah terkenal sejak zaman Mesir kuno. Myrrh merupakan asas kepada minyak wangi dan incense, dan amat dihargai pada zaman kuno klasik. Nilainya dikatakan melebihi dari emas yang sama berat dengannya. Pada zaman Rom Kuno, myrrh dinilai lima kali ganda berbanding frankincense, walaupun frankincence lebih popular ketika itu. Myrrh dibakar pada pengkuburan Rom Kuno bagi menutup bau yang dihasilkan dari mayat hangus. Diceritakan bahawa Maharaja Nero, iaitu Maharaja Rom telah membakar setahun nilai myrrh pada pengkuburan isterinya yang bernama Poppaea.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Kajian Antarabangsa Terhadap Morhabshi

Oleh kerana bahan ini begitu unik dan menakjubkan, banyak penyelidikan telah dibuat ke atasnya. Antaranya, penyelidik telah memeriksa bahan individual bagi formula yang digunakan secara tradisional di Kuwait bagi mengurangkan glukos dalam darah bagi pesakit kencing manis. Hasilnya mendapati myrrh & susu getah aloe berkesan meningkatkan ketahanan glukos dalam tikus normal & tikus kencing manis.

Tindakan mencampur getah myrrh bersama cuka pula mampu meningkatkan keupayaannya menyingkirkan sekatan darah beku dan menghilangkan rasa sakit.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu


Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin Morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, Morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat menyembuhkan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya. Campuran ini juga didapati berkesan menghentikan pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang kita, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.

Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.



::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::









0 Komen:

Post a Comment

Admin tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan,Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.