Sunday, February 24, 2013

"Ops Habuk" di kipas dan Aircond

Semalam ain tunjuk kipas didalam bilik mereka penuh dengan sawang..tengok gambar dibawah


Kotor gila kan..mungkin salah satu sebab punca batuk dan selsema dah banyak habuk sangat dalam rumah.Jadi seawal pagi aku memulakan aktiviti "ops kipas". mengelap semua kipas dirumah aku kecuali bilik depan tak sempat buat sebab kipas betul-betul dibawah katil kena ubah katil la pulak.
Next time aku buat.



Semasa kerja mencuci kipas bilik dijalankan ..mengambil masa dalam 15minit jugak.



Sikecik baru bangun dari tidur terus nak naik tangga dalam bilik nie.



Kipas 2 biji disebelah ruang tamu jugak perlu dicuci..sini tempat lempak utama nie.."tengok tv"






Filter air cond jugak perlu dicuci setiap 1 bulan. Jika kita guna selalu.
Ramai yang tak pernah cuci pun filter aircond nie. Senang jer ..meh saya ajar.bukak cover sebelah depan air cond tu seperti dalam gambar. Tarik keluar 2 filter keluar dan pancut dengan air kedua-kedua filter tu untuk membuang habuk-habuk yang melekat dekat filter tu...lepas tu masuk balik.
Ingat sebelum bukak tanda dulu..nanti nak pasang filter balik tak tahu.


Inilah aktiviti aku pada 24/02/2013

0 Komen:

Post a Comment

Admin tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan,Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.