Friday, July 31, 2009
Bersantai di Bawah Pokok Mempelan
3:05 PM
| Posted by
Unknown
Lena sungguh mat bangla lepak dibawah pokok mempelam rumah aku nie...meraka nie sebenarnya sedang mengulat-mengulat..boss nya takde apa lagikan.
actually diorang datang umah aku sebab nak repair atap umah aku yang bocor..
aku rasa kalau orang bangsa kita tak mahunnye tidor dibawah pokok mempelam nie...lebih-lebih lagi tidur atas rumput.Main Pasir DiPantai Teluk Nipah
2:53 PM
| Posted by
Unknown
Siang hari aku tak sempat nak bawak diorang main pasir ditepi pantai. cuma malam baru free .selepas makan malam aku bawak diorang gi main pasir-pasir ditepi pantai. nasib baik kat sini cerah jugak bolehlah diorang main-main disamping kitaorang ada gak group sedang bakar ayam dan memancing kat sini.jadi tak sunyilah.
tapi yang menarik aku ialah kelihatan warna bulan sabit yang berwarna oren dihujung laut...cantik betul keindahan ciptaan tuhan ..lebih kurang 15 minit aku menyaksikan keindahan ini.
selepas anak aku puas bermain pasir kitaorang bergerak pulang ke Hotel.
Saturday, July 25, 2009
Buah Hutan yang boleh di Makan
11:26 AM
| Posted by
Unknown
Ramai orang yang tak tahu pokok dan bunga berwarna pink yang sering berada ditepi jalan nie,Sebenar buahnya boleh dimakan. semasa aku ronda-ronda diarea telok gedung pangkor pagi nie. aku tengok banyak pokok-pokok nie tumbuh ditebing bukit tepi jalan .Jadi kitaorang petik dalam 2-3 pokok.
Buahnya banyak dah tua sangat ..tapi adalah 4 biji buah yang boleh dimakan...
nak tahu rasannye ..rasanya macam buah ceri..
nama pokok hutan nie aku lupa lak namanya...kalau aku ingat nanti aku masukkan semula namanya.
**tapi bukan semua buah hutan boleh dimakan .
Thursday, July 23, 2009
Nampak macam tak berguna..CCTV NIE
2:02 PM
| Posted by
Unknown
Kadang-kadang ada orang kata kat aku tak ada gunanya engkau pasang cctv kat umah. tapi bagi aku cctv ia amat berguna pada bila-bila masa ..bila berlaku kecemasan baru kita mencarinya sudah terlambat.
Contoh cctv yang telah berjasa kepada aku sepanjang aku pasangnya....
1. tukang potong rumput berjadual memanjat pagar walaupun pagar berkunci
2. kucing tiba-tiba hilang
3. sAFETY parcking kereta dekat luar
4. anak aku jatuh buai -- nak tengok punca jatuh dan kena apa-apa tak dekat dia
5. Dahan pokok mempelam patah dengan tiba-tiba (rupannya ada orang panjat)
6. terbaru rantai tangan wife aku hilang.
ada dua sikit nanti plan aku mencari 2 cctv yang terbaik bagi menggantikan yang lama . yang agak tak cukup jelas lagi..
bagi sesiapa yang membaca cerita aku nie...saranan aku pasanglah cctv kat umah anda.
Read More »
Monday, July 20, 2009
Jerebu Melanda Manjung
8:12 PM
| Posted by
Unknown
Hari nie aku tengok jerebu betul-betul teruk dimanjung ..pagi tadi jerebu dah ada tanda sikit
tapi mulai tengahari hingga ke petang jerebu semakin teruk ..laporan dalam tv dan radio kata jerebu di manjung/lumut tahap biasa.,,pirahhh punya laporan penipu bahaya laporan macam nie..
cadang aku nalk berbasikal hari nie.kantoiii la sebab cuaca yang tak sehat...very important cctv out
1:33 PM
| Posted by
Unknown
Sekarang nie aku tengah trouble shorting one cctv aku out..no picture blue blank aje.
1.check suplly ok
2.check setting ok..
Petang nie aku nak check dekat camera cctv tu sendiri pulak maybe ada wayar yang tercabut kot di cctv tu atau broken arrow.
jam 6.00 petang
sammbung balik trouble shorting cctv aku.didapati ada loose contact dalam adapter 12volt.
conection loose contact..patutlah aku check voltage stabil aje tadi.
aku tukar adapter baru yang sememangnya ada didalam laci kabinet tv.
ok now CCTV aku beroperasi seperti biasa.......Buah Manggis
6:51 AM
| Posted by
Unknown
Friday, July 17, 2009
Kemalangan di Pagi Hari
2:36 PM
| Posted by
Unknown
Pagi nie berlakunya satu detik kecemasan di mana aku terlibat dengan satu kemalangan.. selepas punch card seperti biasa aku akan pergi beli sarapan untuk anak ku , biasanya ain anak aku akan ikut aku beli kuih sama. sebaik aje aku bagi signal lampu kereta ke kanan dan berhenti menghala ke padang ..
tiba-tiba seorang kanak-kanak melintas dengan basikalnya untuk melintas kearah aku..
kebo mmmmmmmmmmmmmmmmmmmm seorang pembonceng motorsikal melanggar basikal tu ...depan mata aku dua orang tercampak di tengah jalan . aku terus bagi lampu kecemasan tutup jalan. yang menghairankan aku budak nie macam tak ada apa-apa aje..dia mencangkung keras mcm orang nak lumba lari aje...keras aje atas jalan.. aku tegur dan pegang dia tapi senyap aje...mungkin dia terkejut kot.. sementara dia keras aku pergi tengok mamat pembonceng motorsikal (budak tnb) tengok mcam teruk..dia kata tangan dia patah..kemudian orang mulai ramai memberi bantuan...aku mintak diaorang papah budak pembonceng motorsikal naik ke kereta aku ..untuk dihantar ke wad kecemasan... kemudian aku pergi ke budak yang mencangkung atas jalan tu dan papah dia ketepi jalan..aku terus bergegas ke wad kecemasan hospital ..sampai di wad kecemasan mcam biasalah ....prosedur biasa nak kad pengenalan dan sebagaiannya...tapi perkhidmatan dan layanan di wad kecemasan sungguh mengecewakan aku..
ada ke dia suruh mamat yang patah tangan dan sakit nie bukak baju sendiri ..sedangkan staff diwad kecemasan ada 5 orang ketika itu ..bantulah..ini idak tengok aje.. aku lah terpaksa bukak baju mamat tu..disamping anak aku yang keseorangan di dalam kereta keseorangan.
setelah selesai semua selamat aku pun gerak laaaa.......bila sampai dekat kereta aku tengok anak aku dah nangisssss....cian dia mungkin takut tinggal berseorangan.
Read More »
Wednesday, July 15, 2009
Banjir di Ruang tAMU dan Bilik TENET
4:04 PM
| Posted by
Unknown
Sunday, July 12, 2009
Berminggu di Pulau Pangkor
8:21 PM
| Posted by
Unknown
Wednesday, July 8, 2009
Laptop Sony
8:33 PM
| Posted by
Unknown
Ahad lepas gua sambar satu Laptop baru brAND sony VGN P25G/R
Laptop aku yang lama tu jenis toshiba keypad dia pun dah bermasalah dan mcm-mcm lagi ..biasala laptop kalau dah 6 tahun kira dah wajib jadi tukun la.
Tapi bila aku on laptop baru nie aku tak paham ape ke benda, sebab setting dia tak buat apa-apa lagi. jADI AKU TErpaksala menghantar laptop ke brother yus dekat pulau pinang untuk bantu aku buat setting tu...thanks brother yus..
dekat sini aku attach sekali gambar laptop aku nie..
Read More »
Sunday, July 5, 2009
Nano water Can
10:57 AM
| Posted by
Unknown
Renovation Rumah
9:05 AM
| Posted by
Unknown
Balik Kampung OHHHH bALIK Kampung
8:16 AM
| Posted by
Unknown
Friday, July 3, 2009
Sejarah Bermula
11:34 PM
| Posted by
Unknown
Hari ini satu sejarah telah tercipta ..iaitu rekod lumba basikal yang baru dicipta oleh aku dipadang majlis perbandaran manjung 1 pusingan padang 1 minit.rekod lama 1 pusingan padang 10 saat. he he he
aku dah lama beli basikal nie tapi tak ada transport nak bawak dari eypoh ke manjung ..hari nie kebetulan ada lori yang boleh menumpangkan basikal aku ..jadi hari nielah aku try basikal racing aku nie power ke tak power....
kEsian anak aku ain nie..dia nak joint sekali pusing padang nie...satu pusingan dah tak lalu dan menangis ..letih bebenor aku tengoknyeee..basikal kecik paham-paham la kena kayuh banyak kali laaa.(hampir 15 tahun aku tak naik basikal)
anyway aku puas ada aktiviti petang yang menyehatkan ..insyallah aku akan tetapkan jadual harian aku berbasikal walaupun 30 minit.
Dulu aku ada dengar Pakar kesihatan dalam radio menasihat kita lebih baik kita berbasikal atau berenang dari BERJOGGING.. (Berjogging boleh merosakkan badan).
siapa nak joint aku berbasikal moh la kita
Subscribe to:
Posts
(Atom)