Tuesday, May 26, 2009

Report Card- Anakku

Pagi tadi aku pergi sekolah anak aku untuk ambik report card. Ini kira first time la aku pergi jumpa cikgu sekolah anak ku. Kena pergi dua bilik first jumpa cikgu nurul ain dan second jumpa cikgu nurul husnina.Mendengar dari apa yang dikata oleh cikgu ain ..Ain seorang yang pemalu dan pendiam aje susah nak dengar suara dia ..tetapi study oky..exam final baru nie dia dapat 100% semua subjek. Mengenai husnina pulak cikgu dia kata nina perlu lebih rajin membaca dan mengira.. markah exam baru nie 96% aje.. Masa wife aku borak-borak dengan cikgu ain sempatlah jugak aku ambik gambar teacher ain. best jugak dapat masuk tadika yeakk...dapat pendidikan awal..aku dulu tak sempat nak masuk tadika sebab lahir dah hujung tahun..bila masuk kelas darjah satu blurrrrr ajee.
Read More »

Camera Olympus Aku

Dalam blog aku kalau korang tengok gambar-gambar semakin cantik. Ini sebab aku guna camera olympus nie la 10Megapiz. Nak beli yang mahal-mahal lagi tak mampu. Tapi camera nie aku tengok ok jugak..nak gambar cantik kita kena pandai adjust keadaan semasa kita berada dimana diluar atau didalam rumah ..terang atau gelap jugak memainkan peranan beb..dulu -dulu aku main bedal aje. tapi lepas abang yus dan abang chot memperkenalkan teknik-teknik cara mengambil gambar aku mula mengambil tahu setiap function camera yang aku beli nie.. bersama nie aku attachkan gambar-gambar yang cantik aku ambik menggunakan camera Olympus nie.. insyallah ada rezeki gua ambik yang canggih sikit...ok
Read More »
Monday, May 25, 2009

Spec mata bARU

Cantik tak spec mataku nie..baru sat tadi aku ambik dekat kedai .. spec aku yang sedia ada dah bengkang bengkok dah aligment nya..bila pakai aduh seganlah pulak..orang pandang semacam dekat aku. memanglah aku buat dek aje..tetapi kekadang perasaan rendah diri tu adakan...bukan duit takda tapi malas nak gi tempah spec mata nie.. tuuu ha ambik kau terbang rm600/- nak spec baru punya pasal..ha ha..anyway tak kisahla bukan selalu aku buat spec mata pun ..rasanya tiga tahun sekali. selalunya aku guna spec nie waktu malam aje masa drive dan bila dalam bilik mesyuarat sebab screen dekat monitor yang dioarang pasang tu halus bebenor.
Read More »

Ikan Bakar - Restoran tasek Raban

Selalu kalau AKU balik ke eypoh dari Gerik pasti aku akan singgah makan tengahari di Restoran tasek Raban "pekena ikan bakar" dulu. Restoran tasek raban nie terletak dihighway sebelah kiri selepas traffic light.Kalau dari gerik sebelah kanan..nampak punya sebab sign board dia banyak. Yang sedapnya tang sambal ikan tu...fuhhhhhhh . kali ini aku oder ikan talipia bakar aje. sebab ikan -ikan lain mahal harganya fffuhhhhh sampai rm90/- pun ada beb. Jadilah aku pekena ikan nie aje.. kami makan bertiga aje .. Disamping ikan bakar bermacam-macam ulam pun ada jugak ....fuhh bertambah berahilah aku..tapi dulu yea aku memang kuat makan sampai tak ingat dunia orang kata kalau dapat makan yang macam nie ikar bakar + ulam. Tapi la nie control sikit kita kan dah ......... oHH YA kalau kawan-kawan yang nak merasa ikan bakar nie dekat eypoh pun ada satu cawangan dioarang dekat Stadium perak berhampiran dengan restoran sabar menanti...tapi sana harga ehmmm sikit sebab lokasi bandar kan.. yang penting tanya dulu harga sebelum makan jangan main bedal ajeeeeee.. ok selamat mencuba..jangan tak cuba ..ini bukan sambal cilibo brader
Read More »
Sunday, May 24, 2009

Sejuknyeeeee

Kalau di Rumah aku pagi-pagi nie air takla sejuk nak mandi. Ini dekat kampung nie aduhh sejuk gila airnya.air .macam "AIS" aku pun tak tahan...tapi selamba aje la ..takkan nak masak air panas pulak. berapa cerek nak cukupnya
Read More »

ECPI apa kelebihannya

Terkejut badak jugak aku ..aku ingat harga sebotol ECPI nie dalam RM3/-. TEngok-tengok harganya RM8/- sebotol. Takpala try tengok kot bagus untuk kesihatan apa salahnya. sofar aku dah minum sebotol habis..takda rasa apa-apa pun ..maybe kena beli 2 - 3 botol lagi baru ada kesan kot.. tengok kalau ada lagi jual lagi dikedai farmasi tu. aku beli sebotol lagi...anyway ada budget boleh la try
Read More »
Saturday, May 23, 2009

Keindahan Pulau Banding Yang Mendamaikan

Petang tadi aku jalan-jalan pergi ke pulau banding rasa dah lama betul aku tak datang ke sini. Dulu semasa aku lepak di grik selalu gak aku datang ke sini. aku datang kesini bukan apa pun.. just lepak dekat tepi tasik banding sambil memandang air tasik dan hutan-hutan disekeliling aku.... Ohhhhhhh sungguh mengasyikan dan tenang sekali ..hilang segala tension aku yang ada. salah satu cara aku mengatasi stress aku ialah dengan melihat kehijauan.engkaurang boleh cuba cara aku nie ....insyallah berkesan Kat tasik banding ini ada satu feri yang boleh bermalam diatas nya semua completed astro,peti ais dan sebagianya .kalau sewa semalam rm1000 boleh muat 10 orang dalam satu masa.sempoy beb..tapi aku tak lah pernah sewa... Dulu-dulu pernahla aku bermalam di tasik banding nie...memang tenang ..cubalah. Kat sini aku attachkan beberapa gambar semasa aku lepak petang tadi..
Read More »
Friday, May 22, 2009

Security alarm hanya RM1.50

Aku beli benda nie harganya rm1.50 aje .Aku pasang di Pintu rumah bila pintu dibukak buzzle nie akan berbunyi...simplekan.At least kita boleh pantau anak-anak kita yang kecik keluar tanpa pengetahuan kita dan mencegah pencuri dari memasuki rumah..pencuri nak masuk terkejut badak jugak kalau tiba buzzle alarm nie berbunyi.. maintenance buzzle alarm nie senang aje just tukar bateri sebulan sekali...ok tengok video yang aku attachkan sekali nie..
Read More »

Bersarapan di Tepi Muara Yang Indah

Pagi nie aku bersarapan dengan wife aku di Tepi muara laut ,kat sini ada 2 kedai menjual nasi lemak.tetapi aku suka pergi kedai yang no dua sebab layanan dia bagus berbanding dengan kedai yang satu lagi buat dono aje memanjang (tak nak ambik oder ). keistimewaan makan kat sini ialah nasi lemaknya.Menunya Nasi lemak makan dengan ikan pari kari @ ikan kembung kari best beb pilih yang mana satu suka. Disamping menikmati sarapan, landscapnya jugak menarik kita dapat lihat sampan-sampan yang berlabuh dijeti dan air laut yang kering(air tak pasang) ...ketam berlari-lari..best la tenang bila kita melihatnya... Kalau datang manjung boleh aku bawak korang pergi tempat nie..
Read More »
Sunday, May 17, 2009

CCTV Yang Keempat

Cukup 4 set CCTV telah aku pasang. yang terakhir aku pasang pagi jumaat.Campur tolak duit camera cctv aje dalam RM600/-. Aku pasang kali ini CCTV dome camera yang bulat hitam tu. Kebaikan Jenis nie kita tak berapa nampak camera nie fokus kemana. Aku dah pasang 3 cctv sebelum nie jadi untuk pasang dan wiring kali keempat tak jadi masalah lagi la..dalam 1 jam aku dah siap memasangnya. Ok korang boleh tengok angel yang aku pasang kali nie...tapi kalau ada modal aku nak angkat baik lagi untuk gambar lebih smooth. * tapi dalam otak aku ketika nie aku cadang nak beli 1 decoder dan 2 cctv untuk dipasang diumah mak aku. sebab dia tinggal sorang aje dieypoh.
Read More »
Friday, May 15, 2009

Kursus Power Quality 12 Mei untill 14 Mei 2009

Aku baru aje habis attend course power quality 12 mei hingga 14 mei 2009 . Pada permulaannya aku ingat course yang bakal aku attend nie berbentuk seminar. Rupa sebaliknya.. course nie lebih menekankan dari segi teknikal bagaimana mengatasi masalah pelanggan yang sering mengalami gangguan bekalan terutama pengguna kuasa besar .fokus tajuk kali ini cikgu aku mengajar tajuk "voltage Sag" (voltage terputus dalam beberapa saat) 3 hari aku diajar hari pertama - diajar mengenai bagaimana mengenali gelombang gangguan hari kedua - bagaimana memasang alat pengukur (pq recoder) gelombang gangguan di premis pengguna dan kiraan hari ketiga - penyelesaian masalah setelah data-data gelombang gangguan diperolehi dan bahan yang digunakan untuk menyelesaikan masalah. sepanjang kursus disebelah petangnya aku akan membawa keluarga aku berjalan-jalan disekitar putrajaya dan kuala lumpur. alhamdulilah dapat jugak aku attend kursus nie sampai habis..anyway aku rasa kursus nie elok buat dalam 5 hari bukan 3 hari.
Read More »
Thursday, May 14, 2009

Mak - Selamat Hari Lahir yang ke 53 & Selamat Hari ibu

Hari ini aku menyambut selamat hari lahir mak yang ke 53 tahun & juga sempena hari Ibu sedunia "selamat Hari iBU"-- semoga dipanjangkan umur dan sihat-sihat selalu Jasa-jasamu dan pergorbanan mu akan ku ingat sampai mati .tak terbalas aku pergorbanan mu selama ini. Terima kasih mak
Read More »
Tuesday, May 12, 2009

Kenduri khawin anak "Abang Mie"

2 Mei lepas aku pergi kenduri khawin anak abang mie dirumah abang mie sendiri di ulu kinta.Aku bersama keluarga aku dan mak sampai jam 2.00 petang ..kelihatan orng-orang yang datang masih ramai jugak. .aku nampak ternampak " opah wan besar" duduk di tengah khemah kenduri..aku terus pergi menghampiri 'opah wan besar"untuk bersalaman dengan dia itu yang paling wajib setibanya aku disini disamping bersalaman dengan tuan rumah abang mie ialah anak kepada opah wan chu .(opah wan chu dan opah wan besar adik beradik).mak abah aku kakak kepada opah wan besar dan opah wan chu..kirannya aku dengan abang mie nie sepupu la..(pupu berapa aku pun tak tahu la..nak explain) sebab diorang panggil mak aku kak chik. Kenduri ini sebenarnya tempat saudara mara kita berkumpul dan mengikat silaturahim antara kita supaya lebih kuat semula, that why aku cancel semua program yang ada untuk dapat datang kenduri khawin anak abang mie nie. lepas aku makan aku masuk kedalam rumah abang mie .. sebab nak tengok tok cu yang sakit didalam rumah .. tok chu sakit selepas opah chu meninggal dunia dalam bulan 6 tahun lepas.(bayangkanla sudah sekian lama hidup bersama hampir 30 tahun ) mestilah rasa kehilangan bila orang tersayang telah pergi... Lepas selesai aku melawat tok chu kitaorang pun berangkat pulang ..alhamdulilah aku dapat jumpa saudara mara yang sudah sekian lama tak jumpa.. " tak sempat nak ambik gambar opah wan besar dan tok chu.
Read More »
Sunday, May 3, 2009

Anai- Anai Menganas

KEDUA sambungan dari minggu lepas ops anai-anai ..korang boleh tengok peralatan yang digunakan untuk ops anai-anai nie...lubang ditebuk sedalam 2 kaki. dan racun di sembur masuk ke dalam lubang tersebut...beberapa gambar aku attachkan sekali. PERTAMA Semalam aku balik rumah aku kat eypoh rasanya dekat 1 bulan aku tak bermalam di rumah aku disana, kalau datang pun singgah-singah sekejap aje. Semalam aku buat sportcheck all sudut-sudut kayu yang aku nampak..ternyata ramalan aku benar belaka anai-anai dah menganas..bilik ke 3 anai-anai dah start makan bingkai pintu bilik dan lantai pun ada kesan anai-anai. Aku call pest control dan mereka pun datang kerumah aku dalam 10.30 pagi (ahad) diorang kata hari ini tak boleh buat bahan-bahan tak ada next week ok KATANYA Sebutharga harga RM2000 katanya WOWWWWWW. Minggu depan pest control akan datang untuk operasi opss anai-anai...
Read More »