Friday, March 20, 2009

Zoo negara

Rasanya hampir 18 tahun aku dah tak datang zoo negara nie. Last aku datang masa aku sekolah menengah. Hari nie aku datang sungguh banyak perumahan yang aku lihat. Sampai dalam zoo aku ambik ticket kereta api aje.. Sebab Kaki aku sakit sikit.. Yang best zoo nie kita boleh tengok binatang dengan lebih dekat.. Seram gak masa aku tengok harimau dan singa jelas betul depan mata aku.. Risau kalau pak belang nie melompat kang letih.. Tapi harap kolam depan kadang nie dalam dan jauh. "tapi kesimpulannye bestla" Maybe aku datang lagi zoo nie sebab banyak kandang yang tak dilihat lagi...
Read More »
Friday, March 13, 2009

Bersantai dilumut

Balik kerja aku terus kuar pergi lumut dan lepak dikedai restoran
jeti lumut. Pekena roti canai dan air kelapa.. Kalau korang datang
pekan lumut ada dua kedai yang ada Wifi free.
Restoran jeti lumut dan restoran nasi kandar.. Selalunye aku lepak kat
sini dengan gang- gang aku sambil surf Internet.. Ok la aku nak
habiskan roti canai aku nie....bismillah Nyum nyum
Read More »
Monday, March 9, 2009

Fraser hill

Pada 7march 2009 hingga 9march 2009 aku lepak berehat diRumah Peranginan Fraser Hill Pahang...Ini kira first time aku datang fraser hill nie..dengar cerita sejuk dari cameron highland tapi mengecewakan ..tak sejuk siang panas beb..cuma disebelah malam barulah sejuk....tak tahan aku ..nasib baik ada headter didalam rumah peranginan nie...

Read More »
Friday, March 6, 2009

Test live 33,000 volt

Aku dah lama tak buat kerja-kerja switching rasanya hampir 2 tahun.
Bila buat balik nie rasa takutla pulak.
Nak test 33,000 volt dengan menggunakan batang phasing stick nie
suspen gak "udahla batang nie pendek aje"
Anyway aku ikut all switching prosedur la.. Bismillah..insyallah selamat
Amin

# gambar aku sedang menguji busbar 33000 volt live di PPU AIr tawar

Read More »
Thursday, March 5, 2009

Tempat lepak GUa

Mlm nie aku lepak dekat bistro lumut dengan gang- gangs ski
Sambil minum kitaorang dihiburkan oleh orang yang menyanyi karaoke
diatas pentas.. Sesiapa pun boleh nyayi karaoke tu dengan bayar rm 2
satu lagu. Aku selalu gak pergi tempat nie .. Lokasi nie betul- betul
ditengah pekan lumut di tepi laut.
Tapi malam nie tiada penyanyi karaoke yang best.. Kekadang ada gak
pondan yang bertandang kat sini. Tapi bila diaorang karaoke ..
Pengunjung yang ada di bistro karaoke pasti kecoh punya.. Sebab pentas
karaoke sudah pasti menjadi milik . Gamat gamat dengan gelek mereka
tu... Aku yang dah mengantuk pun terus terjaga.. Kat sini pun Ada
wifi .. Aku dload blog aku nie dari bistro karaoke nie la..okla jam
dah 11.16.... Mlm jumaat kena balik awal ... Paham2 ajela
Read More »
Sunday, March 1, 2009

CCTV kat umah aku

Hari nie aku service 3 lens CCTV aku
Sebab 3 hari lepas bahagian kesihatan sembur asap menghalau nyamuk
area taman aku.. Jadi habis lens aku berminyak- minyak.. Menyebabkan
gambar tak clear ( kabur).
Ada tangga senang la sikit mencucinya.
Nasib CCTV aku tak letak tinggi2 .. Tidak mati dennnnnnn
Read More »