Thursday, October 29, 2009

Spa fish di Mid Valley

Hari ini aku try spa fish di mid valley . dah lama aku ingin mencuba spa fish nie. apa agak rasanya bila fish gigit kaki kita. kat kolam nie ada 3 saiz ikan. mula-mula aku try ikan yang sedang memang terasa macam orang "geletek kaki" geli bebenor beb..dah lama ok la.. hampir 1/2 jam aku try kolam ikan besar pulak...ikan besar terasa mulut ikan tu bila masa diorang gigit kaki kita...tengok video yang aku attachkan sekali nie. Harga dewasa rm 28/- 30 minit -- mahal beb ( nak try bolehlaaa)
Read More »
Sunday, October 25, 2009

System Security Di Rumah Aku

Aku baru beli satu lagi alat penambah baikkan kepada alarm security yang sediada di rumah aku. Yang sediada ialah CCTV. CCTV kita perlu tengok baru kita tahu apa yang berlaku. Kali nie aku beli ialah Portable alarm GSM = Maknanya bila sensor-sensor yang kita pasang dirumah dicerobohi first sekali alarm akan berbunyi dalam masa yang sama jugak sms alert akan sampai dihpone aku memberitahu lokasi yang dicerobohi. aku jugak boleh menyalakan lampu rumah aku dari tempat lain dengan hanya menghantar sms. yang baguisnye alarm nie semuanya guna wireless tak perlu nak pening-pening kepala nak wiring. ZONE:015 Area-1 ALARM CODE:Interior( cth sms yang aku terima jika ada penceroboh) ZONE:0000 ALARM CODE:AC FAIL (cth sms yang aku terima supply fail) bagi sesiapa yang berminat boleh hubungi aku..anyway TERIMA KASIH BANYAK ABANG MAIL IKM .
Read More »
Saturday, October 24, 2009

Hp Pda Baru aku

Memandangkan Hp IPHONE aku yang selalu mengalami bdown tension memanjang dibuatnyee. Jadi aku pun beralih arah ke Hp Pda pulak. Kali ini aku beli Hpone Pda Jenis HTC Pro 2. KIra 2 hari lepas aku masuk pakage internet sekali dalam phone nie. Hp Pda ini akan jadi biasa aje jika tidak diNYAWAKAN sekali dengan internet.
Read More »
Thursday, October 15, 2009

Kursus 19 Hb Hingga 28 DiILsas

alhamdulilah aku lulus PRE TEST BO pada 13 oktober 2009 ..OLEH ITU aku akan berada di Ilsas pada 19hb hingga 28 oktober untuk lanjutan kursus bo for exam BO yang betul-betul di ILSAs ANJURAN ST.
Read More »
Tuesday, October 6, 2009

TEST bLOOD 100 %

Esok 7 Oktober 2009 aku akan buat test blood di Klinik last aku buat ialah pada tahun 2007. Berdebar-debar rasanya .... tunggu resultnye nanti tak jadi buat test blood sebab kaki aku sakit ... terpaksa telan ubat dulu after dah ok baru aku buat ..rasanye next weekla
Read More »

Study for Last Exam ain & nina

Minggu depan anak aku nurul husnina dan nurul ain akan menghadapi exam hujung tahun. Gambar-gambar yang korang tengok tu ialah gambar mereka sedang mengulangkaji. Ibunye dah surrender pening nak ngajar budak -budak nie..rehat dulu katanyeee. pening pening ajar banyak x tapi tak ingat-ingat gak..
Read More »

Candid video Nina

Baru-baru nie aku sempat merakam satu video kelakar anakku dengan kamera nikon aku nie...masa aku rakam nie diorang ingat video masih tak rekod jadi diorang buat selamba ajelahh.. korang saksikanlah dengan tengok memek muka yang dibuat oleh mereka berdua nie.
Read More »
Friday, October 2, 2009

Permata hijrah

Hari khamis hari tu aku dan keluarga aku pergi ke kedai permata hijrah untuk menanyakan produk permata hijrah yang berkaitan dengan mata. sebab ramai orang memperkatakannya ia mujarab untuk orang yang mengalami rabun jauh, rabun silau, rabun dekat dan selaput dalam mata. AKU rasa apa salahnye cuba sebab anakku nurul husnina rabun dekat dan ibunnye rabun silau. setelah selesai sessi penerangan yang hampir 1 1/5 jam berserta massage mata (spec massage). kita orang berpuas hati jadi aku beli 3 barang tu untuk dicuba.,insyallah dengan izin allah . bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut boleh layari blog dibawah nie; http://permatahijrah.com
Read More »
Thursday, October 1, 2009

Office aku bergegar 30 Sept 2009 6.14

Masa aku dekat office semalam dalam jam 6.14 sedang aku buat kerja tiba-tiba aje kerusi aku beralun. aku ingatkan kerusi aku rosak.tiba-tiba kerusi aku bergoyang lagi kali ini lebih kuat...aku apa lagi chaow la dari bilik aku gempa bumi gempa bumi aku cakap dengan rakan-rakan office yang masih ada ditingkat 3 supaya beredar dari office segera... sampai dibawah tengok ramai yang dah berkumpul. sebelum ini dah biasa merasakan gegaran nie.. tapi semalam gegarannya kuat dari biasa. **diatas gambar news paper hari ini..gegaaran juga dirasai di lembah kelang
Read More »