Monday, August 31, 2009

Mini Hp

Hampir 3 Minggu aku oder Hp Mini Lap top untuk wife aku ,hari sabtu baru nie adik aku bawak laptop balik dah sampai katanya.. aku beli kat wife sebab hari tu dia berkenan sangat tengok lap top kecik berwarna pink. nii jugak sebahagian dari hadiah Ulang tahun perkhawinan aku yang jatuh pada 31 august 2009 (hari nie la).Moga berkekalan dan bahagia hendaknya.
Read More »
Saturday, August 29, 2009

Bayar Zakat Fitrah di Maybank

Alhamdulilah aku dah selesai bayar zakat fitrah untuk tanggungan aku tahun 2009 INI . Tahun nie harga zakat Fitrah di Negeri PErak ditetapkan RM 7-sEORANG. Jadi aku bayar RM 35/- Aku bayar zakat semasa aku keluar duit dekat Maybank. Amil untuk kutip zakat ada disediakan didalam Maybank nie .betul-betul dekat kaunter ATM.. AKAT FITRAH KAEDAH PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud: "...Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha' (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya" - Riwayat Muslim KADAR FITRAH Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri. WAKTU MENGELUARKAN FITRAH Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5: WAKTU WAJIB Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya. WAKTU YANG PALING AFDHAL Sebelum sembahyang Hari Raya WAKTU SUNAT Sepanjang bulan Ramadhan WAKTU MAKRUH Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal WAKTU HARAM Selepas terbenam matahari satu Syawal
Read More »

Fadhilat Sembahyang Tarawikh

SUNGGUH cEPAT Masa berlalu meninggalkan kita. hari ini genap 8 ramadhan kita berpuasa. sementara masih lagi di bulan ramadhan ini marilah kita daN SAYA sendiri untuk tinggkatkan amalan di bulan yang mulia ini.. yang mana bulan amalan kita digandakan oleh ALLAH ..AMIN Keluar dosa dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah. Malam 2 Di ampunkan dosa dosa orang mukmin yang sembahyang terawikh serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman). Malam 3 Berseru Malaikat di bawah 'Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawikh terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau. Malam 4 Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang orang yang membaca kitab kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al Quran. Malam 5 Allah kurniakan baginya pahala orang orang yang bersembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjid Aqsa. Malam 6 Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat batu dan tanah tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini. Malam 7 Seolah-olah ia mendapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir'aun dan Hamman. Malam 8 Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawikh sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim "Alaihissalam. Malam 9 Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W. Malam 10 Allah Subhanahuwata'ala mengurniakan kepadanya kebaikan didunia dan di akhirat. Malam 11 Kelauar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan. Malam 12 Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya). Malam 13 Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan. Malam 14 Datang Malaikat menyaksikan ia bersembayang terawikh, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat. Malam 15 Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya. Malam 16 Allah Subhanahuwata'ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga. Malam 17 Allah kurniakan orang yang berterawikh pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-nabi. Malam 18 Seru Malaikat: Hai! Hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati). Malam 19 Allah Subhanahuwata'ala tinggikan darjatnya didalam Syurga Firdaus. Malam 20 Allah kurniakan kepadanya pahala sekian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin. Malam 21 Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur. Malam 22 Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar). Malam 23 Allah Subhanahuwata'ala binakan kepadanya sebuah bandar didlam syurga daripada nur. Malam 24 Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawikh malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud). Malam 25 Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur. Malam 26 Allah kurniakan kepada orang berterawikh pahala pada malam ini seumpama 40 tahun beribadat. Malam 27 Allah kurniakan orang berterawikh pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotulmustaqim seperti kilat menyambar. Malam 28 Allah Subhanahuwata'ala kurniakan kepadanya 1000 darjat diakhirat. Malam 29 Allah Subhanahuwata'ala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur. Malam 30 Allah Subhanahuwata'ala beri penghormatan kepada orang berterawikh pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "Hai hambaku: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan didalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammada S.A.W. yang bernama 'Al-Kauthar'
Read More »
Thursday, August 27, 2009

Kolestrol Merbahaya

semasa aku dihotel seri msia minggu lalu.. masa tu aku tengah breakfast tiba-tiba aku dikejutkan dengan satu sms yang berbunyi "zam aku kena heart attack" sekarang berada dihospital ipoh. Aku tengok pengirimnya dari kawan kamcing aku man dari Grik.alangkah terkejutnya aku bila mendapat berita tu..aku terus call dia dan dia pun menceritakan apa yang berlaku. sayangnya aku tak dapat tengok dia sehingga habis audit aku diseremban nie..Hari sabtu on the way aku nak balik ke grik aku singgah diipoh melawat kawan aku di hospital. semasa aku berjumpa dengan dia kelihatan dia sungguh tidak bermaya dan cepat letih bila bercakap dengan aku. dia kata hari nie dia boleh dicas.aku bawak dia ke farmasi aduh banyaknye ubat ,selesai ambik ubat dan bayar bill.aku pun bawak dia sekali la naik kereta aku balik ke grik. semasa dalam kereta aku bersembang panjang dengan dia.aku ingin tahu jugak apa punca boleh menyebabkan sakit jantung.. apa yang dikatakan oleh doktor kepada dia ..punca utamanya ialah hisap rokok dan stress + kolestrol. ooo betul ke man aku tanya dekat dia. memang betul apa yang dikatakan oleh doktor aku STRESS 8 jam aku duduk mengadap komputer sambil tu aku hisap rokok.kerja yang banyak yang diberikan oleh taukehnye....dia berhenti sekejap untuk bernafas...kesian aku tengok dia..dan pengajaran bagi aku..insyallah lepas raya nie aku pun nak gi test darah aku nie..panel doktor ada free aje.. aku sarankan kepada kekawan semua jom kita uji darah kita..cegah sebelum kena TIP CONTROL COLESTROL
Read More »
Wednesday, August 19, 2009

Selsema Babi

Untuk kita kongsi bersama Maklumat bagaimana nak mencegah SELSEMA BABI. Gunakanlah mask ( topeng) bila berada di kawasan orang yang ramai..mencegah lebih baik daripada merawat.
Read More »

Audit Sems Di SEREMBAN 17HB - 21HB August

Minggu nie aku berada di Seremban menjadi auditor. Kira first time la aku sampai di bandar Seremban nie.Di seremban nie aku menginap di hotel seri msia rm 110/- kira hotel budget. Sepanjang audit sems kali nie kitaorang terpaksa memakai mask kerana selsema babi semakin menganas di merata-rata termasuk Di pejabat TNB nie sendiri difahamkan sudah ada staff yang kena selsema babi. Cerita sikit tentang bandar seremban nie.Bandar seremban nie lebih kurang mcm bandar ipoh la jugak.kat sini ada dua seremban ..seremban lama dan seremban baru,,kalau sesiapa yang nak datang sini perlu tahu lokasi yang sebenar seremban @ seremban 1. Alhamdulilah aku dah selamat sampai di Manjung ..amin **gambar 2008 -- audit di banting (ada sorang wanita puan nora) **gambar 2009 -- audit di PBN Negeri Sembilan (pakai mask)
Read More »
Saturday, August 15, 2009

Gambar Keluarga Raya Tahun 2002

Gambar Keluarga di Kampung Ulu Piol Manong di samping TOK dan OPAH serta saudara mara terdekat semasa raya 2002 (raya pertama bergelar suami) Gambar raya terakhir allahyarham Tok Bidin Bin Alang Kamal..AL.. Fatihah untuk tok....amin maaf gambar aku tak berapa nampak
Read More »

All PC Ubuntu ---- down

Sudah 2 hari aku cuba nak acess internet dari rumah tapi x boleh . Puncanya Dhcp ROUTER D-lINK ditukar ke mood manual.jadi conection internet terus teputus aku nak tukar mood dari dhcp manual to auto semula tapi server dlink dah tak boleh masuk semula..Jadi bdownla seketika. aku guna modem telekom streamyx untuk acess internet di pc ubuntu tapi tak boleh gak conection ...icon pc ada (menandakan internet sampai cuma tak boleh log in)aku guna note book(sony vio) program ubuntu gak sama tak boleh acess gak.. sekarang nie aku guna note book pejabat windows xp boleh la pulak... buat masa nie pc aku hanya digunakan untuk CCTV Aje la.. tepat jam 10.30 aku online dengan bro yus untuk settlekan masalah aku.JAM 11.00 PC AKU OK balik seperti biasa...thanks yus
Read More »
Sunday, August 9, 2009

Chainsaws Husqvarna 272

Hari nie aku sambar satu chainsaws. Insyallah bila ada chainsaws nie memudahkan kerja-kerja memotong dahan pokok yang agak besar dan kayu-kayu api di kebun.kebiasaan bila di kampung kesian aku tengok mak aku dan maklong aku bila memotong pokok kayu di kebun..susah bebenor. he he kalau nak suruh aku menggunakan chainsaws sorry tak tahu langsung..insyallah one day aku akan tahu jugak sebab benda dah ada..aku teringat peristiwa semasa aku dan best friend di temenggor dulu my best friend terbelah peha semasa menggunakan chainsaw.. Oleh tu hati-hatilah bagi yang menggunakan jentera berantai nie
Read More »

Brother yus di Manjung

8 hb 2009 sabtu brother yus dan keluarganya datang umah aku sementara onthe way ke KL ..SEMPATLAH kiranya melawat kekawan poxynye he heh. anyway thanks kerana sudi datang umah teman. lain kali bermalam la di manjung bolehlah kita ronda-ronda ke teluk batik dan pangkor. gambar nie rakaman dari cctv aku...he he
Read More »
Friday, August 7, 2009

Menggantikan CCTV

Baru sebentar tadi aku siap menggantikan cctv lama dengan cctv baru. CCtv lama di sebelah malam tak nampak objek dengan jelas.. cctv nie nak tahu keberkesanannye kena tunggu malam la...tapi semasa aku try dekat kedai semalam ok la nampaknyaaa... cctv lama berwarna putih yang baru bewarna hitam -- tiada beza sangat kamera nie cuma yang baru lenz dia panjang sikit 6mm ok kita tunggu sebelah malam.
Read More »
Wednesday, August 5, 2009

Tayar Basikal Racing

Mcm biasa disebelah petang aku akan berbasikal.. aku nak naik basikal tengok angin kureng. aku bukak la penutup nak isi angin ..kepala lubang angin tayar basikal racing nie lain macam rupanyee mcamana aku nak isi angin nie ..kepala pump dan kepala lubang nie tak leh ngam.....aduh pening den . aku pelan-pelan kayuh basikal pergi kedai basikal untuk pump tayar.. mcm biasalah aku pun ambik host pump kedai apek tu dan cocoh ke kepala lubang agin tayar basikal racing aku ..la tak ngam jugak.. semasa aku cuba mengepump rupa-rupa apek tu memandang aku... lepas tu apek tu bersuara kat aku ..."abang mana boleh itu pump masuk angin lu punya tayar ma" habis tu kata aku nak guna apa? apek mengambil sesuatu dalam almari kedai dia dan menunjuk benda tu pada ku..." ini pump la lu mahu pakai" harga rm27/- aje " kata apek tu oh ini rupanya....apek tu menunjukkan cara-cara penggunaan pump nie.. fuhh satu pengalaman yang baru tentang basikal racing aku
Read More »
Monday, August 3, 2009

Duit-duit

Malam semalam aku on the way balik ke manjung aku landing kejap dekat petronas iskandar nak beli top up..bukak wallet alamak duit tinggal ciput ,,nak beli top up pun tak cukup nie..,aduh aduh.nasib ada ada bank maybank didalam petronas nie .aku kuar la rm 100/- wazaarrrrrr sebaik aje keluar duit dekat mesin ATM aku terkejut berokla pulak ..betul ke duit nie ..rupa duit nie lain macaM AJE....AKU AMbik DAN PERHATIKAN depan belakang duit nie...betulke nie. orang belakang aku dah 'bengke' berbaris bila brother taliban nie nak blahh.opss sorry ... duit serupa macam duit 1 pun ada. rm50/ terus aku gunakan untuk beli top up dan isi minyak..minah kaunter tu pun tengok aku dan tengok duit tu semacam ajeee...kenapa tak percaya... nasib dia terima duit 50 /- aku ..kalau tidak ....hmmm mmm aje la
Read More »

Celcom broadband lembab

Baru sekejap tadi aku test speed celcom broadband aku...ternyata HampeHHHHHHHHHH pakej dah kena bayor rm98/- sebulan..nak kata lokasi aku ceruk kampung tak jugak aku kat eypoh bebbb Celcom harap promosi gila-gila aje
Read More »