Sunday, June 21, 2009
Disinilah bermula segalanyeee....
12:09 PM
| Posted by
Unknown
Saturday, June 20, 2009
Kempen Kesedaran Keselamatan
8:04 PM
| Posted by
Unknown
Hari nie pepagi lagi aku dah ke Taiping wakil boss aku untuk pergi ke kempen kesedaran keselamatan . Aku breakfast berhampiran dengan Bangunan Majlis Perbandaran Taiping jam dah 8.30pagi tapi tengok dekat dengan DEWAN PEMBANDARAN TAIPING nie tak ada seorang manusia pun ..jadi ke tak kempen kesedaran keselamatan disini hari nie...betul ke LOkASI aku pergi nie..
Call member kejap.. la member gua cakap gua dah silap Dewan. Dewan sebenar ialah dekat Kamunting bukannya Pekan Taiping.apa lagi gerak la ke kamunting .sampai di Dewan Kamunting tepat jam 9.00 pagi. aPA- Apa hal gi daftar dulu ..aku masuk dewan tengok acara dah Mula ..aku lepak dekat belakang aje .. "reserve aku sebenarnya dekat depan sekali tapi kalau nak jalan terus ke Depan masalah jugak sebab majlis dah mula..nanti semua orang tengok aku pulak.
Majlis nie diadakan bersama kementerian pendidikan ramai la cikgu-cikgi yang datang.elok jugak buat bersama cikgu nie..boleh diorang terang dekat budak-budak sekolah...
Read More »
Monday, June 15, 2009
DiMaNa Pun BoLeh ...BEB
11:34 PM
| Posted by
Unknown
Sunday, June 14, 2009
TV OH TV
7:13 PM
| Posted by
Unknown
TV 29 inci aku rosak lagi. aku baru hantar repair tv 29 aku dikedai tak sampai seminggu berada dirumah aku. TV 29 inci nie rosakk balik ..mula-mula ada bunyi mcam benda meletup tik tik tik dibahagian belakang..aku cakap biasa la tv nie. tak samapi 2 minit bunyi yang kuat kendengaran tup..terus tv aku blackout...macamana yeak..tv nie dah jadi mcam satu keperluan..kalau tak de tv anak aku akan sibuk la menganggu aku dengan mintak macam-macam benda. Jadi aku naik fed up dengan masalah ini ...aku hantar tv yang lama untuk diperbaiki..dan aku sambar tv baru 32 inci RM 1450/- settle masalah .
hairan aku tv sekarang tak lah semahal tv dulu. Dulu aku beli tv 29 inci tu dekat dengan rm5000.
Tapi tv nie sound system dia kena tambah sikit baru best nie. tidak suara dia mcam biasa aje tiada srround ,base dan sebagainyee..
Read More »
Taman Kanak-kanak disebelah Malam
7:01 PM
| Posted by
Unknown
Cuaca sekarang amat panas sekali walaupun hari sudah ke petang. jadi aku ambil kesempatan bawak anak aku ke taman kanak-kanak disebelah malam..biasanya yang ada lampu ialah di taman kanak-kanak lumut aje. tapi aku mula terfikir jika berlaku blackout ..macamana?budak semua akan bertempiaran dan menjerit memang sukar kita nak mejejaki mereka didalam kegelapan dan suasana yang bising . jadi aku nasihat pada diri aku dan korang yang membaca bila anak-anak bermain ditaman kanak-kanak jangan biarkan mereka jauh dari kita dan yang kedua standby torchlight..(ibarat perpatah melayu sediakan payung sebelum hujan).
hope kita kongsi pengalaman bersama....tup tup bila aku balik dari taman hari tu blackout di mcdonald...nasib tak blackout di taman kanak-kanak masa aku ada disitu.6.06.2009 Happy birtdhay Nurul Husnina
3:45 PM
| Posted by
Unknown
Tanggal 6.06.2009 genap umur nurul husnina 6 tahun.tapi sambutan terpaksa dijalankan pada 7.6.2009
sambut birtdhay di rumah mak aku di jelapang .Sambutan macam biasa sederhana ..tapi yang bestnya sambutan diadakan semasa adik aku ada balik eypoh .ramailah gang-gangs menyayikan lagu "happy birtday" to nina
kelewatan sambut birthday nina....
al kisah sehari sebelum birtdhay nina wife aku cabut gigi diklinik gigi swasta di Kuala kangsar . apa yang menghairankannya ialah darah tak berhentilah pulak sampai ke malam ..terpaksalah jam 1.00pagi aku bawak ke wad emengency hospital besar ipoh.. ingatkan doktor nak tampal @ jahit ke tapi idak hanya letak satu cecair di tisu kemudian ditekapkan keatas tapak gigi yang dicabut.
kemudian test darah..alhamdulilah adalah nampak darah berhenti .ok dalam jam 3.00pagi...tarikh 6/6 tetap menjadi sambutan cabut gigi yang pertama...he he he
Wednesday, June 10, 2009
Bercuti Part 2 - Dilangkawi
12:02 AM
| Posted by
Unknown
sambungan part 2 ..pagi isnin aku bertolak dari pekan alor setar ke jeti kuala kedah. alor setar ke jeti kuala kedah dekat aje aku rasa dalam 15 minit aje.
gua cuba Cari parking dekat dengan dengan jeti ..tup tup jumpa dengan seorang budak jaga parking melambai-lambai kearah aku ..aku ingat nak parking kat situ aje ..tengok dia bawak tempat lain la pulak ..cas yang dikenakan sehari parking rm15/-. lepas parking aku cari ticket ferry dekat kaunter ferry ramai ulat-ulat hotel yang tunggu dan berbagai promosi dijanjikan. aku ambik satu pakej ronda pulau (pergi pulau dayang bunting,pergi pulau helang dan pulau beras basah rm 110/- 2 dewasa dan 2 kanak-kanak) ..aku naik ferry dalam jam 11.45 pagi.
Menuju ke ferry ramai gak orang berbaris dijetty nie.. aku dengan beg deuter aku beli nie la..rasannya dalam 50kg ada nie ..rasa nak patah pulak la pinggang aku nie..biasa aku guna beg tarik aje ..beg galas nie amat sesuai untuk naik ferry .bila nak masuk feery kalu guna beg tarik susah nak angkat dan turun feery ..sebab orang feery bukan nak tolong kita pun...aduh lama gak menunggu kat jeti nie..beb berat beb.
Aku dah standby plastik dalam jaket aku mana tahu mabuk laut karang..
sampai dilangkawi jam 1.15 nasib aku tak pening lalat dalam ferry nie .lama gak. rasa macam naik flight ke sarawak la pulak lamanya..dah 3 tahun aku tak datang sini ..Burung helang tetap sama dengan GAGAHNYA Berada di DATARAN. telefon zambry tuan kereta yang ingin aku sewa...kereta wira okla
rm 70/- sehari 3 hari rm210/- aku lepak dalam 4 hari 3 malam aje dilangkawi tempat lepak sama aje AWANA PARTLO MALAI
di AWANA partlo malai pihak hotel bagi aku di block 5 aduh jauh gak dari cafe.susah sikit la nak makan pagi macam nie..block 5 "alamak kena naik tingkat 2 pulok guna tangga aduhh..bukannya aduh apa..nak pikul beg 50kg nie yang aduh tu...tapi nasib baik aku guna beg nie,,kalau beg tarik mcamana nak naik tangga!.. hari pertama kita orang lepak kat hotel aje tak kemana-mana letih beb bau sampai ..cuma malam hari aku dan keluarga aku kuar pergi makan aje.
Harikedua
pepagi lagi kita orang dah bangun sebab nak ronda pulau pakej yang aku ambik masa dekat jetty semalam.. pihak pengajur telefon aku suruh pergi tunggu dekat waterworld berkumpul disana..dari sana kami dibawa ke jetty untuk naik bot ..la jettynya dekat ngan hotel aku aje..kalau aku tahu tunggu kat sini aje..dalam 10.15 kita orang pun naik bot pun yang disediakan dalam 10 orang semuanya dalam satu bot..first thing aku cari baju pelampung dulu untuk dipakai ..bukan apa safety first ..laju gak boot nie terangkat-rangkat ..first sekali kami dibawa pergi ke pulau dayang bunting ..bila dilihat kearah pulau tu memang serupa macam orang mengandung yang sedang baring..kami diturunkan di pulau dayang bunting dan diberi masa selama 1 jam untuk berada disitu ..orang kata kalau ambik air tasek dayang bunting orang yang ingin mengandung insyallah dimakbulkan dengan doa jugala..cuma kita kena berusaha la kan.,..untuk sampai ke tasek dayang bunting aku kena menaiki tangga terlebih dahulu
aduhhh tinggi jugak beb dari mula dah mendaki ..tapi nasib baik anakku tak kisah diorang steady aje naik bukit ..maybe diaorang dah biasa kot selalu sangat berjalan dan mendaki dengan aku..sampai di puncak tangga barulah nampak tasek dayang bunting tu sungguh indah ..hati-hati bila menurun anak tangga tinggi . sampai di atas tasek pulau dayang bunting ..aku tengok ramai orang rendam kaki dalam tasek kenapa yeak..rupa-rupanya kaki diaorang di kelilingi oleh ikan keli didalam tasek tu..aku pun joint sekali la...untuk menarik perhatian ikan-ikan keli datang kat kitaorang ..aku umpan roti campak didalam tasek ..yess semua ikan menuju ke kaki aku dan anak-anaku .he he he..bestkan .ditasek nie diorang sediakan tempat budak mandi dan jugak orang dewasa..ada macam kolam buatan la. wife aku ambik air tasek dayang bunting sikit masuukan dalam botol mineral untuk diberikan pada kak pah.. kita tolong usahakan untuk beliau sebab dah 9 tahun khawin masih tak de anak lagi.
Cukup sejam kitaorang dibawak ke satu lokasi dimana banyak burung helang ..apa nama tempat tu aku pun dah lupa..tapi memang banyak burung helang berterbangan kat situ. kemudian kita orang dibawa ke pulau beras basah ..pulau nie tiada apa yang menarik just pulau biasa...cukup sejam kita orang balik ke jetty...fuhh semua keletihan.
disebelah Petang kita orang pergi water world n..mahal jugak ticketnye ingatkan dah kurang ..sama seperti harga yang lama...sama gak tiada apa yang berubah dalam water world sama seperti 3 tahun yang lalu aku masuk..cuma kali ini aku masuk sebab nak bagi anakku tengok..sebab dulu masa aku bawak diorang kecik lagi tak tahu apa2..sekarang letih la nak menjawap soalan . balik dari water world kitaorang ronda pekan kuah nak tengok apa benda yang boleh dibeli dibuat ole-ole. aku nampak sebuah kedai beg tengok banyak beg yang menarik aku masuk la kedai tu aku terperasan satu beg deuter sama dengan ku ..tapi harga yang ditawarkan rm500/- mahalnya ..aku try tapi rasa lebih selesa berbanding ngan beg deuter yang aku beli dekat padang besar..aku pun beli beg tu dengan harga rm500/. sebab penting kelesaan nak bawak barangnyeee.beg lama mcam mana yeak
Hari ketiga
pagi lagi kitaorang menuju ke cable car dekat gunung mat cincang ..dulu aku biasa sampai kesini tetapi tak sempat nak naik sebab dah petang sangat conter closed. banyak perubahan yang aku tengok kat sini ada ..okla tu..time to flyyygayat jugak tengok kebawah nie....rasanya cable car nie lebih menegak berbanding dengan cable car genting highland. dari cabel car kita boleh tengok puncak telaga tujuh. sampai dipuncak pertama landing kejap ambik gambar-gambar terus naik cable car semula pergi ke puncak seterusnya....laju jugak cable car nie..tapi perlu berhati-hati semasa naik turun cable car sebab ia non stop...di puncak nie kabus tebal betul tapi tak sejuk okla..
makan dan minum ada dijual atas nie..tapi harga okla berpatutan tak mencekik .
selepas dah naik cable car aku pergi ke parking nak ambik kereta ..tiba -tiba muncul seorang mat pau rasanya..dia kata adik tak boleh parking dekat tempat staff ..kalau parking kena bayar rm2.00..aku malas la nak bising bagi ajella...rasanya mamat nei mengambil kesempatan.sebab tak da pun tak tanda larangan parking kat situ..
siapa yag nak pergi kesini awak mat pau nie.menuju ke beras terbakar --tengok tempat nie sama seperti dulu..mak aku pesan 2 helai kain batik puteri dan aku beli minyak gamat aje,.kemudian aku bergerak ke makham mashuri ....tempat nie betul2 berbeza sekali siap ada muzeum mashuri lagi...dulu tak ada ..semata-mata makham mashuri aje...dan sekarang masuk kena bayar pulak dah dulu free beb //mungkin nak cover balik segala coz pembinaan.
dahaga betul aku sambar satu mineral water..la mineral water air perigi mahkam mashuri yang telah siap diproses rupanya..minum aje laa..janji jangan sakit perut udah. rumah mashuri nie pun rasanya sudah dibaiki..tengok lain sikit tak seperti yang aku datang dulu..tapi tak banyak berubahnya..
lepas gi makham mashuri kitaorang pun balik ...fuhhhh ketih
Hari keempat
sebelum balik sempat lagi ronda -ronda dipekan kuah nak beli coklat untuk diberikan pada anak-anak saudar. ..beli ticket naik ferry jam 12.45.
Uweekkkkkk kali nie aku surender naik feery ...masa balik aku muntah katak dalam bilik tanadas ferry. ,tak tahula kenapa masa baik aku tak boleh tahan..maybe ombak kuat dan ferry yang agak kecik sikit.. tapi lepas muntah alhamdulilah ok..
rasanya dah 20 tahun aku tak muntak macam tu...kesimpulan yang aku dapat buat
kalau nak gi pulau langkawi standby la duit banyak sikit dan kesihatan perlu baik. nanti tidak tak ennjoy...insyallah dipanjangkan umur 2013 aku datang lagi...
thanks bagi yang sudi baca sampai habis cerita aku nie...
Tuesday, June 9, 2009
Happy Birthday Sayangku Yang KE 29
11:51 PM
| Posted by
Unknown
Tanggal 29 Mei 2009 yang lalu umur aku genap 29 tahun ...opss bukan umur aku tapi wife aku...he he.
Kitaorang menyambutnya secara sederhana sahaja ..kerana tiada persiapan dibuat.
Ucapan dari kami nurul ain,nurul husnina dan ayah happy birthday ibu yang ke 29 tahun ..semoga sehat selalu ..jangan sakit selalu hendaknya ...amin
Monday, June 8, 2009
BerCuti part 1
9:09 PM
| Posted by
Unknown
Cuti sekolah saja bermula aku terus ambik cuti mulai hari sabtu lagi ..sabtu lagi aku dah gerak ke Alor setar kedah ..sebab keesokannya hari ahad ada kenduri khawin di Perlis. rasanyaaa hampir setahun aku tak datang ke perlis..last bulan march 2008 aku ke sini.
Pepagi lagi kitaorang dah bangun coz mak aku ajak ronda-ronda dulu pekan rabu hampir 1 jam dipekan rabu we all bergerak ke Perlis untuk kenduri khawin ..
sampai di lokasi rumah pengantin aku tengok pemadangan disekelilingnya sungguh cantik sekali sawah bendang yang terbentang luas.. ia membuatkan aku terlupa akan keletihan aku terpaksa berjalan kaki sejauh 1km ke rumah pengantin. lepas kenduri dalam 2 petang mak aku ajak pergi ronda -ronda ke padang besar dia nak beli barang katanya. Biasalah mak aku nie kuat shopping...
Kita orang pun gerak ke padang besar perlis..sampai di padang besar aku tengok ramai jugak orang datang ke sini termasuklah aku ...ha ha ha (aku teringat ada sekali dulu aku tersesat ke padang besar thailand mengelabah jugak dibuatnye). Dekat kompleks padang besar nie macam-macam benda ada jual makanan , pakaian dan sebagainnya.Ronda-ronda aku aku teringat pasal beg galas yang aku nak cari selama ini.Mungkin ada kat sini.Anak aku pulak sibuk nak mainan aje dan ibunya pulak sibuk nak beli baju tidur. Aku jumpa satu kedai yang terdapat banyak beg galas dan berjenama . aku masuk kedai tu tanpa tunggu-TUNGGU lagi dan mencuba berbagai beg yang ada didalam kedai tu dan satu beg telah berkenan dihatiku...iaitu beg jenama Deuter yang boleh diisi muatan 65 + 10 .
Rasa-rasanya boleh TAK AKu angkat berat sebanyak tu.....aku pun beli beg tu dengan
harga RM 170/=. difahamkan kalau original RM600/- banyak jimat beb...kira-kira 3 jam kami berada di Padang Besar ..kami pun bergerak balik ..mak aku dan adikku terus balik ke Eypoh ,,aku pulak bermalam lagi di alor setar kedah kerana keesokkannya aku akan bertolak ke Pulau Langkawi Kedah..
bersama nie aku attachkan gambar aku semasa berada diperlis ..
Friday, June 5, 2009
Telekom malaysia
8:27 PM
| Posted by
Unknown
Rasanya dah hampir seminggu aku tak masuk internet ini..coz aku bercuti malas nak bawak lap top la ke sana kemari nak menjaganya lagi ..i phone aku dah ada itu memadai rasanya ..tapi lokasi yang aku pergi semuanyaa wifi berbayar...hampeehhh
Malam nie aku bukak pc untuk updated blog aku nie ternyata hampesss speed internet streamyx telekom malaysia aku hampess slow gilaaaaaaaa tension dibuatnya . bila call 100 complain pasal kelajuan ..ok la sikit lajunya ..lepas dah lama tak guna hampesss la balik..aku dah complain sampai ke suruhanjaya multimedia tapi sama gak...laju kejap aje ..lepas tu .....>>>>>> mengecewakan.DEKAT MANA LAGI AKU NAK BUAT ADUAN AKU PUN DAH TAK TAHU
Dalam radio dalam tv punya la promosi gila-gila pakej combo siap boleh wifi dekat dapur lagi..
kalau sesiapa yang kerja telekom malaYSIA baca blog aku nie...
tolong la aku....
itu la bro yus kekadang aku malas nak masuk tenet niee ..bukannya ape buat sakit mate memandang aje
tengok speddddnyeeeee...
ahhhhhh tension
*** Lambat aje bayor udah tak sabor-sabor nak potong..tapi perkhidmatan hampess
Read More »
Subscribe to:
Posts
(Atom)