Sunday, April 26, 2009

Hari Armada TLDM - Lumut

Semalam aku dan keluarga pergi markas tldm sempena pameran sambutan ulang tahun tldm. Aku datang sini bukan apa tetapi untuk melihat secara dekat kapal tldm disamping itu jugak boleh merasa merasa naik kapal tentera laut nie ..yang tak best naik kapal tentera laut nie ialah tang bahagian tangganya 90% menegak bahaya gak.Ramai betul orang berkunjung kesini .semasa aku nak masuk dekat base camp nie tadi pun memakan masa hampir 1 jam.. dan aku berjalan sejauh 1km...anyway we enjoyyyyy
Read More »
Saturday, April 25, 2009

Bercuti Ke Port Dickson Dan Melaka (cuti-cuti malaysia)

Minggu lepas gua sekeluarga serta mak gua pergi bercuti ke Port dickson dan Melaka (19 april hingga 21 april 2009). Pergi nie pun sebab dapat rumah peranginan tnb (save kosla).Dulu masa gua kecik-kecik dalam umur 2-4 tahun biasa aku biasa tinggal dekat port dikson nie ..tapi tinggal dalam kem askar la. Semasa kami sampai di port dickson first sekali mak aku ajak pergi tengok flat yang pernah kami tinggal dulu di dalam kem.Tapi sayang flat yang pernah gua dulu telah dirobohkan dan telahpun digantikkan dengan flat yang baru..almaklumlah dah 30 tahun berlalu beb. dalam masa yang sama banyak cerita -cerita kenangan disampaikan oleh mak gua didalam kereta. OK kita orang bergerak ke Muzeum Tentera darat port dickson ..fuhh banyak betul barang-barang sejarah tentera yang dapat dilihat senapang gajah,meriam,kereta kebal,kapal torobang,baju -baju komunis,baju-baju askar,motor askar dan macam -macam lagi tentang askar tentera darat. Didalam muzeum ini jugak terdapat sejarah tentang pahlawan-pahlawan melayu yang menentang british semasa di tanah melayu....dan jugak terdapat gua komunis yang direka cipta oleh muzeum untuk kita tengok..betul-betul bestla...kalau betul-betul ronda 2 jam tak cukup beb....fuhhh letihhh ..kalau korang datang port dickson jangan lupa datang muzeum nie ..rugi beb kalau tak singgah ..free aje... time syahdu pulak nie ....aku nak cerita ..bila tengok baju-baju askar yang dipemerkan aku mula teringat semasa arwah abah aku kerja dulu dia sentiasa memakai baju askarnye sungguh kemas dan segak,tapi semuanya telah berlalu meninggalkan kita ...pasti mak rindu kenangan silam bersama arwah abah diport dickson.sebab aku pun rindu dekat abah aku..biar orang tengok kita gembira tapi didalam hati cuma hatinya yang tahu.nak nangis nie.. Habis ronda kat muzeum kita orang terus pergi sembahyang dekat masjid yang berhampiran selepas tu gi makan dulu ...kondo rumah peranginan TNB check in jam 3.00 petang baru boleh masuk. Kita orang check in di kondo jam 3.30 petang....inilah first time aku jejak kondo ni ..walaupun gang-gangs tnb aku ramai yang telah biasa lepak kat sini...Fuhh sungguh selesa didalam kondo nie aku lepak dibilik no 604 view yang menarik nampak laut dan kolam renang dibawah. Masing-masing dah letih semua berehat..jam 6.30 aku dan anakku mandi kolam dibawah kondo... Waktu malam aku cadang nak try pekena ikan bakar di port dickson .. aku telefon my best friend tanya lokasi..dia kata kat belakang pekan pasir panjang ada port makan ikan bakar sedap... dalam jam 8.30 malam kitaorang menuju kesana...sampai kat restoran tak ada orang pun..tempat nie betul2 berada ditepi laut..view tak berapa nampak sebab dah malam..tapi okla. Aku pun mengoder lah ikan jenahak seekor + sotong 2 ekor + sayur khailan masin + 3 air buah + 4 nasi putih...semua siap dihidang dan makanlah kami..ikan bakar fresh tapi x cukup power aku bagi 2 bintang aje.dah tiba untuk bayar ..aku bagi duit dekat wife aku aje untuk bayar...kira punya kira semua sekali makan RM100/-- wowwwwwwwww terkezut mahal. tapi nak buat macamana dah makan habis..bayor ajelaaa..rasanya sekali nie aje la datang sini Hari kedua -kitaorang gi melaka .. Plan 1 - kitaorang gi ZOO MELAKA. dari port dickson ke melaka dalam 1 jam AJE ..Nak gi ZOO MELAKA kita kena menghala ke jalan ayer kroh..kitaorang sampai zoo melaka dalam jam 11.00 pagi..tengok macam ada train didalam zoo nie..tapi jadual train tu bergerak dalam jam 2.00 petang. Alamat kena menapak la nie...Kitaorang pun berjalan lah dalam zoo melaka nie..best gak jugak zoo melaka nie sebab binatang-binatang yang kita nak lihat dekat..time aku sampai memamng time binatang diberi makan..oleh tu binatang -binatang tak tidor..(time to eat)..letih zzzzz sebab kena keliling zoo melaka hari nie ..,.kesian mak aku dan mak mertua aku letih berjalan..tapi nak buat macamana ..paham-paham ajela..takpa exercise sekali sekala. Plan ke- 2 -- Naik eye one malaysia Eye one malaysia menghala ke bandar hilir ..sebelum tu kiraorang singgah di Masjid selat melaka cantik sungguh panorama masjid nie..sebab masjid nie betul-betul berada diatas laut. disamping ombak yang menghempas pantai angin jugak kuat..selepas siap solat kitaorang pun pergi Eye one malaysia ..tengok harga ticket terkejut jugak sebab tengok mahal gila seorang dewasa rm20/- tapi disebabkan hari biasa dapatlah diskaun 4 dewasa + 2 kanak2 =RM48/- . Nampakla view bandar melaka dari atas eye one malaysia nie. Plan ke 3 - naik menara taming sari -- ticket sama rm48/- tiada apa yang menarik sama macam naik eye one malaysia jugak dapat view bandar melaka..cuma naik taming sari nie kita lebih dekat dengan bandar melaka sikit. selepas itu kitaorang pergi jalan di A famosa dan megamall kompleks tapi area BAZAAR la mak aku nak cari barang-barangnya mcam dodoi dan cencaluk.. nie dah start malas nak mengarang la nie.... dalam jam 6.30 petang kitaorang pun balik ke port dikson ..sampai dikondo angin dan hujan lebat pun turun..tempat tinggi nie kalau hujan lebat dan angin kuat paham-paham ajela takut sikit dibuatnye.. Hari ketiga Hari cek out --lepas check out kita orang ronda pantai-pantai diport dikson dan terus balik ke Eypoh .. Itulah sebahagian cerita gua...semoga larat membaca he he he
Read More »
Wednesday, April 22, 2009

Pengalaman yang menakutkan di Kondominium Peranginan TNB

Malam rabu selepas kitaorang balik dari bersiar-siar dan makan .Kendengaran suatu bunyi siulan yang menyeramkan datang dari koridoor (beranda di luar). Aku menghampiri sliding door dekat koridoor tu. Bila aku bukak saja sliding door tu ..suhhhhhhhhhhhhhhssssssssssssssssshsssssssssssssssssss angin meniup masuk dengan kuatnye ke dalam ruang tamu rumah. dan aku lihat ombak dilaut semakin kuat menghempas pantai.....hujan mulai lebat...aku masuk ke dalam semula dan menutup balik sliding door. Bunyi siulan aku dengar tadi kendengaran lagi malahan ia semakin kuat..baru kuperasan bunyi itu datang dari celah-celah lubang sliding door..fuh seram jugak. Jam dah menujukkan angka 12 malam... aku pun dah letih dan ngantuk bcoz sepanjang hari lepak di Melaka. 2.00 PAGI Aku terjaga bunyi siulan yng tadi aku cerita dekat korang semakin kuat tapi kali ini di dalam bilik aku dan slidding door dekat bilik aku pulak bergoyang-goyang macam ada orang yang menyandar dekat sliding door tu...aku menghampiri pintu dan aku tekapkan mataku dekat sliding door .rupa-rupanya hujan lebat sampai ke sliding door patutlah sliding door bergoyang ...aku risau sebab dah la duduk condo tinggi-tinggi dah tu..tepi laut.RISAU takut SUNAMI kali ke-2. 3.00 - aku terlelap hingga pagi.. 6.45 - aku jaga bukak pintu sliding door dan cari baju aku dekat penyidai baju diluar lihat baju yang aku terlupa ambik semalam dikooridoor telah hilang ..mungkin telah ditiup angin entah kemana..tak tahullahhhh..(tengok lantai di koooridor penuh air penuh bertakung) 7.55- aku beli breakfast aku baca paper banyak news yang menceritakan disana sini atap terbang dan pokok tumbang diseluruh malaysia, aku balik kondo bukak internet dan tengok cctv kat umah aku event yang berlaku sama seperti aku disini hujan lebat pada waktu yang sama. anyway kalau sesiapa yang lepak kat kondo ini no bilik 604 jika ada bunyi siulan yang kuat tu .. anginla tu...jangan risau tak ada apa -apa BERDOA untuk keselamatan dan salam.
Read More »

Bangla Masak nasi guna rice cooker

Semalam aku balik dari port dickson singgah sebentar di Petronas iskandar untuk beli air dan gudap-gudap untuk menghilangkan ngantuk aku ..jauh lagi nie nak sampai manjung..aku gi kat belakang aku ternampak satu kelibat manusia didalam store...korang tahu orang tengah buat apa... seorang mat bangla berada didalam store kat petronas tu..aku menghampiri beliau tengok-tengok dia sedang nak masak nasi rupannye..... apa yang aku nak cerita dekat korang ialah cara dia masak nasi sempoy gila. pertama --- masukkan beras dalam rice cooker kedua --- masukkan air secukupnya......dan tekan on siap...tunggu masak dan makan. sungguh sempoy tak payah penat-penat nak basuh beras....mengabiskan ayerr aje kan.. anyway kita pikir lah sendiriiii sorry gambar tak sempat amik...sebab secara tak sengaja.
Read More »
Saturday, April 18, 2009

Motivasi Diri

Aku baru habis baca buku tajuk "The truth about managing people" ..buku oleh stephen P.robbins. Buku ini banyak mengajar kita bagaimana nak berinteraksi dengan people dibawah jagaan kita atau sama pangkat ngan kita. Aku baca buku ini bukan apa ...tajuk buku ini memang betul2 kena dekat aku.... kelemahan bagi aku ialah bagaimana nak berinteraksi dengan orang , dan setiap kali penilaian prestasi aku mesti dapat markah rendah tang bahagian komunikasi nie, Hope selepas aku baca buku ini dan disamping dah beberapakali attend kursus motivasi tajuk bagaimana nak berinteraksi dan handle people..aku boleh berubah, Tapi aku dah rasa perubahan itu sebenarnya,,,,,,kerana aku bukan yang dulu lagi.... "no matter what a leader does, if followers don't respond,then the leader fails. men tend to use talk emphasize status,while women generally use it to create connection.
Read More »

Mesyuarat Di TLDM Lumut

Pagi aku ada mesyuarat di TLDM lumut persiapan terakhir Perasmian Bandar Lumut sebagai Bandar tentera laut.. aku yang boring datang dalam base TLDM ini ialah aku terpaksa kena lalu 3 pos pengawal dan bertukar pas 3 x sebelum sampai ke bilik mesyuarat ARmada nie.dah tu bilik mesyuarat tingkat 4 naik tangga pulak tu ...aduhhhhhhh Kali ini kira yang terakhir lah aku meeting kat sini sebab majlis akan berlangsung pada 24 April 2009 ini.
Read More »

Keselamatan Di Pandang Remeh

Petang semalam masa aku balik dari Pasaraya billion aku ternampak seorang mamat nie dengan selambanya di tengah-tengah pekan manjung yang sesak nie tak memakai topi keledar..nak kata dia tak sedar siap garu-garu kepala lagi dan menyembang dengan kawan yang naik kereta kancil nie.. aku pun tak tahu la diorang nie macamana tak sayang nyawa ke.....kalau axcident nanti macamana siapa yang susah keluarga dia yang susah dan mcam2 lagi.... ..macamana nabil cakap tu ada benarnyeee jugak.........LU PIKIR LA SENDIRI
Read More »

5S susun barang kerja

Minggu lepas telah diadakan audit 5s oleh MPC Ditempat kerja.Kali audit datang untuk renew sijil yang telah kitaorang dapat pada 2007. Kali ini aku tak dapat nak jont sangat diorang buat gotong royong dan sebagainya. Aku sekadar dapat mengemas bilik aku yang 100% total lossss selerak gila ..ha ha ha DAN Mengambil masa 3 hari jugak mengemas bilik aku nie..kira-kira 2 kotak tv 29 inci aku buang sampah bilik aku nie ..bayangkan la.. 5s sebenaranya memudahkan kita untuk mencari barang-barang bila perlu ..kalau tidak ana pun tak tahu laaaaa gambar bilik aku sebelum 5S dan Selepas 5s
Read More »
Friday, April 17, 2009

Berkursus di Jalan Anson Pulau Pinang

13 Hingga 17hb hari tu aku berkursus di Pulau Pinang. Sejak kebelakangan nie kerap bebenor aku kesini. Kursus yang aku ikuti kali nie ialah "kursus advance cable fault location"..(ada yang tak paham) tak pa aku jelaskan kursus ini ialah bagaimana cara untuk mencari kerosakan kabel didalam tanah. Yang hadir kursus ini adalah dalam 13 orang...kebanyakkan yang datang semuanya otai-otai dah banyak experience. Gi kursus ini dalam kita mendapat ilmu kita jugak dapat kawan-kawan baru dan jugak kita dapat merehatkan minda kita yang stress bila berada dipejabat.
Read More »
Wednesday, April 8, 2009

Hai Kuali Ku "jasa mu tetap ku kenang"

Kuali nie telah berjasa dengan gua sekian lama. Kuali nie gua beli masa tahun 1995 sekarang nie dah 2009 14 tahun lamanye...semalam semasa gua goreng telur ..tup tup minyak menitik dibawah ...laaaaaa rupanya kuali aku nie dah bocor . Nampaknya hayatnye telah tamat. Terpaksalah aku pi beli yang baru yang satu. Kalau sesiapa yang nak beli kuali antik aku nie -- "lelong dibuka sekarang"
Read More »
Sunday, April 5, 2009

Ulang Tahun Klinik Jasmin yang ke-10 Tahun

Hari ni aku pergi klinik bersalin jasmin dekat venice manjung .klinik jasmin menyambut ulang tahun klinik jasmin yang ke -10 tahun. Anak aku nurul husnina mewakili tadikanye untuk acara menari dan nurul ain masuk acara pertandingan melukis. acara bermula jam 9.00 pagi- wakil tuan do merasmikannya jam 09.30 - acara menari Jam 10.15 - acara melukis ain dan nina masuk bertanding diberikan satu beg sorang kertas mewarna dan colour pensil untuk mewarna. Jam 11.15 tamat acara melukis ...keputusannya tak berjaya. Tapi nurul ain dan nina mewarna cantik jugak..cuma tak ada experience first time masuk pertandingan. Tapi aku minat seorang peserta pakaian beragam nie comel aje dan nampak macam anak pak arab dia dapat no 3 beb...
Read More »

Cameron Highland

Minggu lepas aku pergi cameron highland.. saja jalan-jalan kesini boring tak buat apa dihari minggu ..kami sekeluarga stay 2 hari aje di sini..cuaca memang sejuk .disebabkan hujan sentiasa..2 hari aku dan keluarga di cameron 2 hari lah hujan ..tapi alhamdulilah sebab hujan hanya dipagi hari dan ditengah malam..maknanya diberi peluanglah untuk jalan-jalan dicameron highland. boleh dikatakan selang 2 bulan kita orang akan turun kesini dekat aje dalam 2 jam sampai lah kepuncak. selalu beli sayur-sayuran aje balik bagi mak sikit dan simpananan untu makan kita orang seminggu...sayur cameron seminggu boleh lah tahan dalam peti ais nie. kalau lebih 1 minggu mulalah tak fresh lagi. ok gua attachkan gambar semasa berada cameron highland pahang http://www.youtube.com/watch?v=086odELh0Gk
Read More »

Ulam Pegaga

Hasil dari titik peluh aku hari ini. aku dapat makan ulam pegaga tengahari nie. tapi saiz pegaganya agak kecik sikit. tapi setakat nak makan 2- 3 orang tak ada masalah. cuma pegaga nie kita kena rajin siram sikit .sebab cuaca dimanjung nie al-maklumlah panassss beb.. kalau ada kawasan tanah yang agak lembab sikit sesuai tanam pegaga nie. kalau korang nak merasa makan pegaga manjung meh la datang umah aku.. risalah yang aku amik dari internet dibawah nie

Pegaga telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba menjana kecerdasan berfikir dan bersifat sejuk dan penenang. Ianya diakui antara 20 herba ubatan terbaik dunia. Kajian di Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia, pegaga atau nama saintifiknya Centella Asiantica, diperakui WHO kerana kaya dengan pelbagai ramuan ubatan.

Bangsa Cina mengenalinya sebagai Ching Chow Sui sementara bangsa India menamakannya Valeeri dan Gotru Kola. Di daalm buku Malaysia Medicinal Plants for The Treatment of Cardiovascular Diseases, kegunaan herba pegaga untuk penyakit kardiovaskular termasuk kesihatan jantung dan pembersihan darah

Perubatan Islam mengakui pegaga terbaik untuk kulit. Perubatan tradisional mengakui pegaga bersifat menyejukan badan dan kesihatan jantung.

Masyrakat Cina menggunakan pegaga untuk mengubati gangguan emosi seperti tekanan perasaan yang disebabkan oleh masalah fizikal dan sistem saraf.

Khasiat pegaga telah tercatat di dalam manuskrip Ayuverdic India sejak lebih 4,000 tahun dan Shennong Herbal di Cina sejak 2,000 tahun dahulu.

Di barat bangsa Inggeris menggunakan pegaga untuk menjana kecerdasan otak dan minda serta merawat masalah tidur.

Dr. Robert D Willix Jr dalam bukunya “Health And Longevity Newsletter” menggelarkan pegaga sebagai “herba ajaib” kerana ia membantu peredaran darah, darah rendah dan kesihatan kulit.

Ianya juga baik untuk pengidap kencing manis (diabetes) dan darah tinggi (hypertension).

Read More »