Monday, June 8, 2009
BerCuti part 1
9:09 PM
| Posted by
Unknown
Cuti sekolah saja bermula aku terus ambik cuti mulai hari sabtu lagi ..sabtu lagi aku dah gerak ke Alor setar kedah ..sebab keesokannya hari ahad ada kenduri khawin di Perlis. rasanyaaa hampir setahun aku tak datang ke perlis..last bulan march 2008 aku ke sini.
Pepagi lagi kitaorang dah bangun coz mak aku ajak ronda-ronda dulu pekan rabu hampir 1 jam dipekan rabu we all bergerak ke Perlis untuk kenduri khawin ..
sampai di lokasi rumah pengantin aku tengok pemadangan disekelilingnya sungguh cantik sekali sawah bendang yang terbentang luas.. ia membuatkan aku terlupa akan keletihan aku terpaksa berjalan kaki sejauh 1km ke rumah pengantin. lepas kenduri dalam 2 petang mak aku ajak pergi ronda -ronda ke padang besar dia nak beli barang katanya. Biasalah mak aku nie kuat shopping...
Kita orang pun gerak ke padang besar perlis..sampai di padang besar aku tengok ramai jugak orang datang ke sini termasuklah aku ...ha ha ha (aku teringat ada sekali dulu aku tersesat ke padang besar thailand mengelabah jugak dibuatnye). Dekat kompleks padang besar nie macam-macam benda ada jual makanan , pakaian dan sebagainnya.Ronda-ronda aku aku teringat pasal beg galas yang aku nak cari selama ini.Mungkin ada kat sini.Anak aku pulak sibuk nak mainan aje dan ibunya pulak sibuk nak beli baju tidur. Aku jumpa satu kedai yang terdapat banyak beg galas dan berjenama . aku masuk kedai tu tanpa tunggu-TUNGGU lagi dan mencuba berbagai beg yang ada didalam kedai tu dan satu beg telah berkenan dihatiku...iaitu beg jenama Deuter yang boleh diisi muatan 65 + 10 .
Rasa-rasanya boleh TAK AKu angkat berat sebanyak tu.....aku pun beli beg tu dengan
harga RM 170/=. difahamkan kalau original RM600/- banyak jimat beb...kira-kira 3 jam kami berada di Padang Besar ..kami pun bergerak balik ..mak aku dan adikku terus balik ke Eypoh ,,aku pulak bermalam lagi di alor setar kedah kerana keesokkannya aku akan bertolak ke Pulau Langkawi Kedah..
bersama nie aku attachkan gambar aku semasa berada diperlis ..
Subscribe to:
Post Comments
(Atom)
0 Komen:
Post a Comment
Admin tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan,Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.