Wednesday, June 10, 2009

Bercuti Part 2 - Dilangkawi

sambungan part 2 ..pagi isnin aku bertolak dari pekan alor setar ke jeti kuala kedah. alor setar ke jeti kuala kedah dekat aje aku rasa dalam 15 minit aje. gua cuba Cari parking dekat dengan dengan jeti ..tup tup jumpa dengan seorang budak jaga parking melambai-lambai kearah aku ..aku ingat nak parking kat situ aje ..tengok dia bawak tempat lain la pulak ..cas yang dikenakan sehari parking rm15/-. lepas parking aku cari ticket ferry dekat kaunter ferry ramai ulat-ulat hotel yang tunggu dan berbagai promosi dijanjikan. aku ambik satu pakej ronda pulau (pergi pulau dayang bunting,pergi pulau helang dan pulau beras basah rm 110/- 2 dewasa dan 2 kanak-kanak) ..aku naik ferry dalam jam 11.45 pagi. Menuju ke ferry ramai gak orang berbaris dijetty nie.. aku dengan beg deuter aku beli nie la..rasannya dalam 50kg ada nie ..rasa nak patah pulak la pinggang aku nie..biasa aku guna beg tarik aje ..beg galas nie amat sesuai untuk naik ferry .bila nak masuk feery kalu guna beg tarik susah nak angkat dan turun feery ..sebab orang feery bukan nak tolong kita pun...aduh lama gak menunggu kat jeti nie..beb berat beb. Aku dah standby plastik dalam jaket aku mana tahu mabuk laut karang.. sampai dilangkawi jam 1.15 nasib aku tak pening lalat dalam ferry nie .lama gak. rasa macam naik flight ke sarawak la pulak lamanya..dah 3 tahun aku tak datang sini ..Burung helang tetap sama dengan GAGAHNYA Berada di DATARAN. telefon zambry tuan kereta yang ingin aku sewa...kereta wira okla rm 70/- sehari 3 hari rm210/- aku lepak dalam 4 hari 3 malam aje dilangkawi tempat lepak sama aje AWANA PARTLO MALAI di AWANA partlo malai pihak hotel bagi aku di block 5 aduh jauh gak dari cafe.susah sikit la nak makan pagi macam nie..block 5 "alamak kena naik tingkat 2 pulok guna tangga aduhh..bukannya aduh apa..nak pikul beg 50kg nie yang aduh tu...tapi nasib baik aku guna beg nie,,kalau beg tarik mcamana nak naik tangga!.. hari pertama kita orang lepak kat hotel aje tak kemana-mana letih beb bau sampai ..cuma malam hari aku dan keluarga aku kuar pergi makan aje. Harikedua pepagi lagi kita orang dah bangun sebab nak ronda pulau pakej yang aku ambik masa dekat jetty semalam.. pihak pengajur telefon aku suruh pergi tunggu dekat waterworld berkumpul disana..dari sana kami dibawa ke jetty untuk naik bot ..la jettynya dekat ngan hotel aku aje..kalau aku tahu tunggu kat sini aje..dalam 10.15 kita orang pun naik bot pun yang disediakan dalam 10 orang semuanya dalam satu bot..first thing aku cari baju pelampung dulu untuk dipakai ..bukan apa safety first ..laju gak boot nie terangkat-rangkat ..first sekali kami dibawa pergi ke pulau dayang bunting ..bila dilihat kearah pulau tu memang serupa macam orang mengandung yang sedang baring..kami diturunkan di pulau dayang bunting dan diberi masa selama 1 jam untuk berada disitu ..orang kata kalau ambik air tasek dayang bunting orang yang ingin mengandung insyallah dimakbulkan dengan doa jugala..cuma kita kena berusaha la kan.,..untuk sampai ke tasek dayang bunting aku kena menaiki tangga terlebih dahulu aduhhh tinggi jugak beb dari mula dah mendaki ..tapi nasib baik anakku tak kisah diorang steady aje naik bukit ..maybe diaorang dah biasa kot selalu sangat berjalan dan mendaki dengan aku..sampai di puncak tangga barulah nampak tasek dayang bunting tu sungguh indah ..hati-hati bila menurun anak tangga tinggi . sampai di atas tasek pulau dayang bunting ..aku tengok ramai orang rendam kaki dalam tasek kenapa yeak..rupa-rupanya kaki diaorang di kelilingi oleh ikan keli didalam tasek tu..aku pun joint sekali la...untuk menarik perhatian ikan-ikan keli datang kat kitaorang ..aku umpan roti campak didalam tasek ..yess semua ikan menuju ke kaki aku dan anak-anaku .he he he..bestkan .ditasek nie diorang sediakan tempat budak mandi dan jugak orang dewasa..ada macam kolam buatan la. wife aku ambik air tasek dayang bunting sikit masuukan dalam botol mineral untuk diberikan pada kak pah.. kita tolong usahakan untuk beliau sebab dah 9 tahun khawin masih tak de anak lagi. Cukup sejam kitaorang dibawak ke satu lokasi dimana banyak burung helang ..apa nama tempat tu aku pun dah lupa..tapi memang banyak burung helang berterbangan kat situ. kemudian kita orang dibawa ke pulau beras basah ..pulau nie tiada apa yang menarik just pulau biasa...cukup sejam kita orang balik ke jetty...fuhh semua keletihan. disebelah Petang kita orang pergi water world n..mahal jugak ticketnye ingatkan dah kurang ..sama seperti harga yang lama...sama gak tiada apa yang berubah dalam water world sama seperti 3 tahun yang lalu aku masuk..cuma kali ini aku masuk sebab nak bagi anakku tengok..sebab dulu masa aku bawak diorang kecik lagi tak tahu apa2..sekarang letih la nak menjawap soalan . balik dari water world kitaorang ronda pekan kuah nak tengok apa benda yang boleh dibeli dibuat ole-ole. aku nampak sebuah kedai beg tengok banyak beg yang menarik aku masuk la kedai tu aku terperasan satu beg deuter sama dengan ku ..tapi harga yang ditawarkan rm500/- mahalnya ..aku try tapi rasa lebih selesa berbanding ngan beg deuter yang aku beli dekat padang besar..aku pun beli beg tu dengan harga rm500/. sebab penting kelesaan nak bawak barangnyeee.beg lama mcam mana yeak Hari ketiga pagi lagi kitaorang menuju ke cable car dekat gunung mat cincang ..dulu aku biasa sampai kesini tetapi tak sempat nak naik sebab dah petang sangat conter closed. banyak perubahan yang aku tengok kat sini ada ..okla tu..time to flyyygayat jugak tengok kebawah nie....rasanya cable car nie lebih menegak berbanding dengan cable car genting highland. dari cabel car kita boleh tengok puncak telaga tujuh. sampai dipuncak pertama landing kejap ambik gambar-gambar terus naik cable car semula pergi ke puncak seterusnya....laju jugak cable car nie..tapi perlu berhati-hati semasa naik turun cable car sebab ia non stop...di puncak nie kabus tebal betul tapi tak sejuk okla.. makan dan minum ada dijual atas nie..tapi harga okla berpatutan tak mencekik . selepas dah naik cable car aku pergi ke parking nak ambik kereta ..tiba -tiba muncul seorang mat pau rasanya..dia kata adik tak boleh parking dekat tempat staff ..kalau parking kena bayar rm2.00..aku malas la nak bising bagi ajella...rasanya mamat nei mengambil kesempatan.sebab tak da pun tak tanda larangan parking kat situ.. siapa yag nak pergi kesini awak mat pau nie.menuju ke beras terbakar --tengok tempat nie sama seperti dulu..mak aku pesan 2 helai kain batik puteri dan aku beli minyak gamat aje,.kemudian aku bergerak ke makham mashuri ....tempat nie betul2 berbeza sekali siap ada muzeum mashuri lagi...dulu tak ada ..semata-mata makham mashuri aje...dan sekarang masuk kena bayar pulak dah dulu free beb //mungkin nak cover balik segala coz pembinaan. dahaga betul aku sambar satu mineral water..la mineral water air perigi mahkam mashuri yang telah siap diproses rupanya..minum aje laa..janji jangan sakit perut udah. rumah mashuri nie pun rasanya sudah dibaiki..tengok lain sikit tak seperti yang aku datang dulu..tapi tak banyak berubahnya.. lepas gi makham mashuri kitaorang pun balik ...fuhhhh ketih Hari keempat sebelum balik sempat lagi ronda -ronda dipekan kuah nak beli coklat untuk diberikan pada anak-anak saudar. ..beli ticket naik ferry jam 12.45. Uweekkkkkk kali nie aku surender naik feery ...masa balik aku muntah katak dalam bilik tanadas ferry. ,tak tahula kenapa masa baik aku tak boleh tahan..maybe ombak kuat dan ferry yang agak kecik sikit.. tapi lepas muntah alhamdulilah ok.. rasanya dah 20 tahun aku tak muntak macam tu...kesimpulan yang aku dapat buat kalau nak gi pulau langkawi standby la duit banyak sikit dan kesihatan perlu baik. nanti tidak tak ennjoy...insyallah dipanjangkan umur 2013 aku datang lagi... thanks bagi yang sudi baca sampai habis cerita aku nie...

2 comments:

Admin tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan,Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.