Sunday, April 5, 2009

Ulam Pegaga

Hasil dari titik peluh aku hari ini. aku dapat makan ulam pegaga tengahari nie. tapi saiz pegaganya agak kecik sikit. tapi setakat nak makan 2- 3 orang tak ada masalah. cuma pegaga nie kita kena rajin siram sikit .sebab cuaca dimanjung nie al-maklumlah panassss beb.. kalau ada kawasan tanah yang agak lembab sikit sesuai tanam pegaga nie. kalau korang nak merasa makan pegaga manjung meh la datang umah aku.. risalah yang aku amik dari internet dibawah nie

Pegaga telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba menjana kecerdasan berfikir dan bersifat sejuk dan penenang. Ianya diakui antara 20 herba ubatan terbaik dunia. Kajian di Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia, pegaga atau nama saintifiknya Centella Asiantica, diperakui WHO kerana kaya dengan pelbagai ramuan ubatan.

Bangsa Cina mengenalinya sebagai Ching Chow Sui sementara bangsa India menamakannya Valeeri dan Gotru Kola. Di daalm buku Malaysia Medicinal Plants for The Treatment of Cardiovascular Diseases, kegunaan herba pegaga untuk penyakit kardiovaskular termasuk kesihatan jantung dan pembersihan darah

Perubatan Islam mengakui pegaga terbaik untuk kulit. Perubatan tradisional mengakui pegaga bersifat menyejukan badan dan kesihatan jantung.

Masyrakat Cina menggunakan pegaga untuk mengubati gangguan emosi seperti tekanan perasaan yang disebabkan oleh masalah fizikal dan sistem saraf.

Khasiat pegaga telah tercatat di dalam manuskrip Ayuverdic India sejak lebih 4,000 tahun dan Shennong Herbal di Cina sejak 2,000 tahun dahulu.

Di barat bangsa Inggeris menggunakan pegaga untuk menjana kecerdasan otak dan minda serta merawat masalah tidur.

Dr. Robert D Willix Jr dalam bukunya “Health And Longevity Newsletter” menggelarkan pegaga sebagai “herba ajaib” kerana ia membantu peredaran darah, darah rendah dan kesihatan kulit.

Ianya juga baik untuk pengidap kencing manis (diabetes) dan darah tinggi (hypertension).

0 Komen:

Post a Comment

Admin tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan,Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.