Saturday, April 25, 2009

Bercuti Ke Port Dickson Dan Melaka (cuti-cuti malaysia)

Minggu lepas gua sekeluarga serta mak gua pergi bercuti ke Port dickson dan Melaka (19 april hingga 21 april 2009). Pergi nie pun sebab dapat rumah peranginan tnb (save kosla).Dulu masa gua kecik-kecik dalam umur 2-4 tahun biasa aku biasa tinggal dekat port dikson nie ..tapi tinggal dalam kem askar la. Semasa kami sampai di port dickson first sekali mak aku ajak pergi tengok flat yang pernah kami tinggal dulu di dalam kem.Tapi sayang flat yang pernah gua dulu telah dirobohkan dan telahpun digantikkan dengan flat yang baru..almaklumlah dah 30 tahun berlalu beb. dalam masa yang sama banyak cerita -cerita kenangan disampaikan oleh mak gua didalam kereta. OK kita orang bergerak ke Muzeum Tentera darat port dickson ..fuhh banyak betul barang-barang sejarah tentera yang dapat dilihat senapang gajah,meriam,kereta kebal,kapal torobang,baju -baju komunis,baju-baju askar,motor askar dan macam -macam lagi tentang askar tentera darat. Didalam muzeum ini jugak terdapat sejarah tentang pahlawan-pahlawan melayu yang menentang british semasa di tanah melayu....dan jugak terdapat gua komunis yang direka cipta oleh muzeum untuk kita tengok..betul-betul bestla...kalau betul-betul ronda 2 jam tak cukup beb....fuhhh letihhh ..kalau korang datang port dickson jangan lupa datang muzeum nie ..rugi beb kalau tak singgah ..free aje... time syahdu pulak nie ....aku nak cerita ..bila tengok baju-baju askar yang dipemerkan aku mula teringat semasa arwah abah aku kerja dulu dia sentiasa memakai baju askarnye sungguh kemas dan segak,tapi semuanya telah berlalu meninggalkan kita ...pasti mak rindu kenangan silam bersama arwah abah diport dickson.sebab aku pun rindu dekat abah aku..biar orang tengok kita gembira tapi didalam hati cuma hatinya yang tahu.nak nangis nie.. Habis ronda kat muzeum kita orang terus pergi sembahyang dekat masjid yang berhampiran selepas tu gi makan dulu ...kondo rumah peranginan TNB check in jam 3.00 petang baru boleh masuk. Kita orang check in di kondo jam 3.30 petang....inilah first time aku jejak kondo ni ..walaupun gang-gangs tnb aku ramai yang telah biasa lepak kat sini...Fuhh sungguh selesa didalam kondo nie aku lepak dibilik no 604 view yang menarik nampak laut dan kolam renang dibawah. Masing-masing dah letih semua berehat..jam 6.30 aku dan anakku mandi kolam dibawah kondo... Waktu malam aku cadang nak try pekena ikan bakar di port dickson .. aku telefon my best friend tanya lokasi..dia kata kat belakang pekan pasir panjang ada port makan ikan bakar sedap... dalam jam 8.30 malam kitaorang menuju kesana...sampai kat restoran tak ada orang pun..tempat nie betul2 berada ditepi laut..view tak berapa nampak sebab dah malam..tapi okla. Aku pun mengoder lah ikan jenahak seekor + sotong 2 ekor + sayur khailan masin + 3 air buah + 4 nasi putih...semua siap dihidang dan makanlah kami..ikan bakar fresh tapi x cukup power aku bagi 2 bintang aje.dah tiba untuk bayar ..aku bagi duit dekat wife aku aje untuk bayar...kira punya kira semua sekali makan RM100/-- wowwwwwwwww terkezut mahal. tapi nak buat macamana dah makan habis..bayor ajelaaa..rasanya sekali nie aje la datang sini Hari kedua -kitaorang gi melaka .. Plan 1 - kitaorang gi ZOO MELAKA. dari port dickson ke melaka dalam 1 jam AJE ..Nak gi ZOO MELAKA kita kena menghala ke jalan ayer kroh..kitaorang sampai zoo melaka dalam jam 11.00 pagi..tengok macam ada train didalam zoo nie..tapi jadual train tu bergerak dalam jam 2.00 petang. Alamat kena menapak la nie...Kitaorang pun berjalan lah dalam zoo melaka nie..best gak jugak zoo melaka nie sebab binatang-binatang yang kita nak lihat dekat..time aku sampai memamng time binatang diberi makan..oleh tu binatang -binatang tak tidor..(time to eat)..letih zzzzz sebab kena keliling zoo melaka hari nie ..,.kesian mak aku dan mak mertua aku letih berjalan..tapi nak buat macamana ..paham-paham ajela..takpa exercise sekali sekala. Plan ke- 2 -- Naik eye one malaysia Eye one malaysia menghala ke bandar hilir ..sebelum tu kiraorang singgah di Masjid selat melaka cantik sungguh panorama masjid nie..sebab masjid nie betul-betul berada diatas laut. disamping ombak yang menghempas pantai angin jugak kuat..selepas siap solat kitaorang pun pergi Eye one malaysia ..tengok harga ticket terkejut jugak sebab tengok mahal gila seorang dewasa rm20/- tapi disebabkan hari biasa dapatlah diskaun 4 dewasa + 2 kanak2 =RM48/- . Nampakla view bandar melaka dari atas eye one malaysia nie. Plan ke 3 - naik menara taming sari -- ticket sama rm48/- tiada apa yang menarik sama macam naik eye one malaysia jugak dapat view bandar melaka..cuma naik taming sari nie kita lebih dekat dengan bandar melaka sikit. selepas itu kitaorang pergi jalan di A famosa dan megamall kompleks tapi area BAZAAR la mak aku nak cari barang-barangnya mcam dodoi dan cencaluk.. nie dah start malas nak mengarang la nie.... dalam jam 6.30 petang kitaorang pun balik ke port dikson ..sampai dikondo angin dan hujan lebat pun turun..tempat tinggi nie kalau hujan lebat dan angin kuat paham-paham ajela takut sikit dibuatnye.. Hari ketiga Hari cek out --lepas check out kita orang ronda pantai-pantai diport dikson dan terus balik ke Eypoh .. Itulah sebahagian cerita gua...semoga larat membaca he he he

0 Komen:

Post a Comment

Admin tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan,Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.